Kali ini aku kongsi tentang sirah para sahabat. Sayyidina Abu Bakar Assiddiq, Khalifah Islam yang pertama selepas pemergian baginda nabi S.A.W. Bicara tentang beliau mengingatkan sifatnya yang pemurah, seperti yang dikisahkan dalam hijrah bersama Rasulullah Sayyidina Abu Bakar mengeluarkan semua hartanya tanpa meninggalkan apa2 untuk keluarga demi perjuangan Islam, yakin dengan rezeki Allah. Hatinya mudah tersentuh dengan kebesaran Allah, mudah menangis apabila membaca ayat2 suci Al-Quran. Manusia yang berjaya menenangkan kembali situasi tegang semasa awal2 kewafatan Rasulullah.
Sayyidina Umar Al-Khattab. Doa baginda supaya diberikan hidayah antara dua Umar (Abu Jahal dan Umar Khattab), akhirnya Allah memilih Sayyidina Umar Al-Khattab untuk menerima kunci tauhid. Sebelum beliau memeluk Islam, Sayyidina Umar antara penentang kuat ajaran baginda, seorang yang ganas dan sedia memancung kepala sesiapa sahaja yang menentangnya. Islam ketika itu hanya mampu disampaikan secara senyap, ketika itu Rasulullah dan para sahabatnya mengadakan perjumpaan di rumah Arqam bin Abi Arqam. Pengamalan Islam masih disorok2 kerana takut akan tentangan pemimpin2 Quraisy yang zalim. Selepas Sayyidina Umar memeluk Islam, malah keislamannya disebarkan secara terang kepada kafir musyrikin Mekah ketika itu, beraninya Umar! Islam mula diamalkan secara terang-terangan, umat Islam sudah berani solat dan tawaf mengelilingi Kaabah. Dizamannya sebagai Kahlifah Islam juga, Islam tersebar serata dunia dengan keluasan empayar sehingga ke benua Eropah.
Sayyidina Uthamn Affan. Seorang sahabat rasul yang kaya raya, jutawan tetapi seorang yang pemurah. Dikisahkan Sayyidina Uthman menyediakan kelengkapan perang dengan kuda dan unta yang banyak dalam sesebuah peperangan. Sayyidina Uthman menjadi Khalifah Islam yang Ketiga selepas tragedi berdarah pembunuhan Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman jua diakhir hayatnya menerima nasib yang sama syahid dibunuh oleh golongan pelampau ketika itu.
Sayyidina Uthamn Affan. Seorang sahabat rasul yang kaya raya, jutawan tetapi seorang yang pemurah. Dikisahkan Sayyidina Uthman menyediakan kelengkapan perang dengan kuda dan unta yang banyak dalam sesebuah peperangan. Sayyidina Uthman menjadi Khalifah Islam yang Ketiga selepas tragedi berdarah pembunuhan Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman jua diakhir hayatnya menerima nasib yang sama syahid dibunuh oleh golongan pelampau ketika itu.
Sayyidina Ali Abi Talib, Khalifah Islam yang terakhir, kisah hebat kerana diasuh dan dididik oleh baginda nabi sejak kecil, tidak pernah menyembah berhala malah antara sahabat baginda termuda dan terawal memeluk Islam. Sayyidina Ali ketika usia muda sudah menampilkan keberanian dengan menggantikan tempat tidur Rasulullah semasa hijrahnya baginda dengan Sayyidina Abu Bakar ke Madinah. Sayyidina Ali juga dipuji oleh baginda nabi sebagai pintu kepada ilmu, kerana luasnya ilmu yang dimiliknya. Tak kurang hebatnya dalam bidang kepahlawanan, seorang pejuang yang amat digeruni oleh musuh2 Islam.
Siapa Guru Mereka?
Aku hanya kongsikan 4 orang sahabat, mereka adalah 4 orang daripada 10 sahabat yang telah dijamin syurga. Allahuakbar! Ini baru kisah 4 orang sahabat, tetapi masih ramai lagi para sahabat yang mempunyai peribadi hebat, sifat mulia yang luar biasa, ketangkasan dalam banyak bidang, dan kejayaan dalam perjuangan. Para sahabat semuanya mempunyai watak yang berbeza tetapi peranan yang sama menegakkan Islam.
Kehebatan mereka bukan wujudnya semudah yang disangka, tetapi hasil didik baginda nabi Rasulullah S.A.W. Seorang guru, bapa, sahabat, mentor, idola, dan kekasih kepada para sahabatnya mampu mewujudkan zaman manusia yang terhebat hasil didikan Islam! Zaman sahabat adalah zaman yang tidak akan muncul lagi dizaman2 akan datang! Barakahnya utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W, membina tamadun manusia yang luar biasa, tersebarnya Islam ke serata dunia. Lahirnya sirah2 sahabat yang amat dikagumi semua!
Selawat dan Salam ke atas jungjungan mulia, moga diakhir zaman ini kita menjadi umatnya yang dirinduinya sejak dulu. Akhirinya dengan kisah kerinduan baginda kepada kita umat akhir zaman:-
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah."Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
sumber:iLuvIslam
Sejauh mana Rasulullah menjadi guru, idola, mentor dan panduan kepada kehidupan kita?
Sejauh mana kita merinduinya?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA