Pages - Menu

3.8.13

Puisi: Darah Mesir

Darah Mesir 

Ramadhan ini kelam 
cahaya Islam terang nun jauh
diragut penderhaka rakus kuasa
Mesir menyusuri nasib Syria
mayat bertaburan, percikan darah
menyaksikan kebangkitan

Batang tubuh dilapangan subuh
ditembak umpama binatang buruan
setahun dibawah Mursi
menggoncang proksi yahudi
tali barut mula merancang

Ramadhan di penghujung
Kenangku pada teman-teman
Bumi Syam dan Gaza, kini Mesir
Sayu, Aidilfitri tanda kemenangan
bukan untuk pejuang


Alor Star
3.8.2013 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...