Salam untuk semua, moga Allah rahmati
Hari ni terakhir umat Islam berpuasa, sayu dan rindu pasti menyelebungi. Lepas ni masjid kembali kepada asal, masjid yang penuh malam hari dengan solat terawih kembali dengan satu/dua saf di luar bulan Ramadhan. Yang terbiasa bangun seawal pagi bersahur, terus menunaikan solat berjemaah Subuh kembali kepada rutin asal. Masa bangun yang asal, paling menyedihkan terus subuh + solat dhuha...diharapkan kita dapat kekalkan rutin Ramadhan!
Aku dan isteri nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, saudara-mara, sahabat2, para guru, anak2 murid, sekalian umat Islam seantero dunia. Aku susun 10 jari tangan, memohon maap kepada semua sahabat2 yang datang jenguk blog buruk ni, tersilap kata, tersalah taip, terasa hati mohon diampunkan. Hari Raya tanda kemenangan! Kemenangan bukan disambut dengan kemaksiatan, tetapi penuh kesyukuran.
Aku petik dari blogger Syahirul.com (FB)
Pagi raya biarkan ahli keluarga dedah aurat, tak nasihat dan tak suruh ahli keluarga tutup aurat dengan sepenuhnya, lalu membiarkan sahaja maksiat yang dilakukan oleh mereka di pagi raya serta berbangga dengan maksiat yang mereka lakukan, maka inilah dinamakan lelaki yang dayus, suami yang dayus, bapa yang dayus.
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa tidak masuk syurga mereka yang dayus.
Bukan sahaja di pagi raya, tapi setiap hari. Bukan saja masalah aurat, tapi masalah tak suruh solat dan tak nasihat supaya tinggalkan maksiat juga boleh mengundang dayus.
Lihatlah perilaku isteri, anak2 dan ahli keluarga sekarang. Tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga untuk menghindarkan mereka dari maksiat. Maksiat paling mudah dilakukan ialah biar isteri dan anak bertabarruj, berpakaian tetapi bogel.
kali pertama ke mari... salam perkenalan... wishing u selamat hari raya aidil fitri...
ReplyDeletep/s: jauhkan diri dari menjadi dayus...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin! :)
ReplyDelete