Pages - Menu

7.2.11

Hukum Khalwat Di Alam Maya

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Kita semua dah tahu hukum berkhalwat atau berdua-duaan lelaki-perempuan yang bukan muhrim di tempat-tempat sunyi .Tahukan anda hukum yang sama juga boleh berlaku jika berchating di alam cyber tak kiralah melalui YM ke FB ke Twiter dn sebagainya .Mengikut kenyataan Ustaz Zawawi Jusoh seorang penceramah bebas memang begitulah kenyataannya.
------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

Sekian.. WAllahua'lam

sumber

10 comments:

  1. mmg mengundang bahaya cz byk dh cerita yg kita dengar kecurangan brlaku di alam cyber....

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun tepuk dada tanya iman...teknologi tidak salah..kita sering menyalahi di luar batasan pemikiran...serta mengondam perasaan di alam siber....

    ReplyDelete
  3. gunakan kemudahan yang ada dengan sabaiknya...dan jalan yang paling baik adalah jalan yang yang menuju kepada tuhan...amani pun takut jugak terjebak ke arah itu..semoga Allah membimbing hati kita semua..aminn

    ReplyDelete
  4. betul juga kan... kadang2 tu seronok ikut hawa nafsu.. sedangkan nagsu itu menjerumus kita kepada perkara mungkar...

    ReplyDelete
  5. wah, boto gak tu....kadang2 boleh merangsang syahwat

    ReplyDelete
  6. nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan..

    ReplyDelete
  7. @hanisah safian: sama2 :)

    @nza: ya kak, byk dah cerita ttg kerosakan rumah tgga sebab benda2 ni

    @fatmasha: doakan TMK ni tak salah guna :)

    @amani: sy sendiri pun risau benda ni jadi merosakkan diri

    @en mamat: benda seronok ni memang merosakkan diri, moga dijauhi :)

    @suhaimi: waspada :)

    @si para-para: mohon dijauhi daripada fitnah nafsu :)

    ReplyDelete
  8. nfo berguna.. makin canggih teknologi makin susah nk jaga.
    Jemput ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete
  9. Baru sy tau. info ini sangat berguna... Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...