Pages - Menu

4.1.13

Semak Diri: Apakah Pegangan Nilai Diri Kita?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Apa yang ada dalam hati? Dalam hati sendiri kita sahaja yang tahu... Benarlah, dalam hati siapa pun tak pasti...tapi pegangan dan nilai hati dan diri mudah diketahui dengan beberapa cara ini...aku tak pasti sejauh mana PASTI dan BENAR, tetapi anda boleh cuba dan jadikan muhasabah bersama.

1. setiap masa kalau kita berbual dengan orang itu sahaja tajuk dan topiknya...? Topik apa?
2. dalam FB, itu sahaja yang kerap post kat wall...?
3. apa yang selalu menjadi tatapannya...rancangan TV, YouTube, channel...?
4. siapa idolanya? Penyanyi, artis, selebriti, ulama, guru, siapa sahaja...siapa?
5. buku apa yang selalu dibaca...?
6....
7...

Apa lagi instrumen yang sesuai untuk semakan ini boleh berikan cadangan =)

Ada yang dimulutnya, selalunya apabila mula bercerita perkataan nama2 ARTIS tak lekang di bibirnya....seksi doh artis ni, skandal banyak budak baru tu, hensem gilo pelakon tu... tak kurang ada yang apabila berkata2 DUIT menjadi kisah...sumber mana yang masyuk dan projek mana yang punya lubang besar...tak kurang juga manusia yang apabila bertutur sahaja POLITIK yang selalu terpacul di bibirnya....parti ni salah bro, ni fitnah, Hidup Melayu, Hidup Si Fulan,.....bla bla.... ada insan pula apabila berkalam sentiasa berkisah tentang AGAMA...hebat ulama ni, tenang jiwa, ini halal, ini haram....

Beberapa sahaja contoh pegangan nilai yang kerap kali muncul dalam pemerhatian aku. 

Muhasabah, apa yang menjadi pegangan diri kita...? Usah jauh menuding jari pada sesiapa kerana diri sendiri kadang2 alpa. Biar bersederhana, yang paling penting menepati syariat agama. Pegangan diri boleh dibentuk, boleh dicantas, dikurang, ditambah....apa yang perlu dikurang? mohon kurangkan, apa yang perlu dicantas terus buang hingga ke akar tunjang. Yang perlu ditambah, jangan ditangguh...Apakah selama ini bertepatan...? apakah selamanya ini tidak melampaui batas sempadan...? 

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...