Pages - Menu

17.1.13

CABARAN MAHASISWA; ANTARA REALITI DAN PERSEPSI


Salam untuk semua, moga dirahmati

Listen! Listen! Listen! Let Me Speak! hahaha...begitulah seminggu berlalu...Fenomena yang agak ganjil bagi aku. Hampir ruang FB dan Blog pasti tak lepas peluang guna perkataan tu. Yang best siap ada design baju untuk isu tersebut. Hebat! Hebat anak muda menyerap isu, hebat juga sang peniaga mengeksploitasi isu...haha. teruskan mungkin baju-T mampu sebarkan mesej penting tentang Demokrasi bersuara mahasiswa. Ok, kali ni aku nak sentuh tentang isu Mahasiswa lebih mudah budak Universiti/Kolej, tak kisahlah belajar di peringkat mana pun...


REALITI & CABARAN MAHASISWA

Cabaran sebenar Mahasiswa sekarang pada pemerhatin aku, oleh kerana aku juga bekas pelajar dua tahun lalu...rasanya hampir tidak berbeza sangat zaman itu. Aku senarai secara ringkas, sebagai perkongsian:

1. Yuran Pengajian dan Kos Pendidikan. Kos pendidikan termasuk makan minum, buku latihan, rujukan, kos pengangkutan, tempat tinggal dan sebagainya. Contoh tu juga berdasarkan kos aku belajar dulu. Tambahan aku belajar di sekitar Lembah Klang, dua perkara yang membezakan tempat lain....Kos tempat tinggal dan kos pengangkutan (ke mana pergi ada tol). Aku belajar dapat biasiswa (elaun), jadi beban mungkin kurang tapi ini skop yang aku fokuskan adalah belajar tanpa biasiswa. Aku merasai cabaran mahasiswa tanpa biasiswa melalui perkongsian cerita kawan2, kisah mereka, cabaran mereka. Hebat!

2. Peluang Kerja: Dah habis belajar, dah dapat apa yang diimpikan sejak bangku sekolah rendah...asal tanya ja...besar nak jadi apa? haha. "Saya nak masuk universiti cikgu...nak jadi ini, nak jadi itu...bla.bla...!" Ok. Tamat belajar, benda kedua yang mahasiswa fikir, "aku nak kerja apa?" Mahasiswa yang sudah awal terikat kontrak dengan jabatan/kementerian/syarikat/tajaan mungkin sudah lepas lelah memikirkan...."lega aku dah kerja..." Yang tiada apa perjanjian, yang masih kabur tujuan, yang sambung belajar atas sebab tiada pilihan, yang itu sahaja tawaran...mula runsing tentang kerja. 

-Yuran pengajian dan Kos Pendidikan
-Peluang Kerja.


TAWARAN KERAJAAN; TELEFON PINTAR

Dua perkara ini apabila dikaitkan, dengan peluang dan tawaran Kerajaan kepada golongan belia majoritinya Mahasiswa...iaitu rebat telefon pintar. Apa kaitannya? memang tiada kaitan...kaitannya TAWARAN ni tidak seiiring dengan REALITI DAN CABARAN sebenar yang dihadapi mahasiswa. Memang aku dah kerja, sebenarnya tak perlu susah2 nak serabut semua ni...tetapi apabila berkongsi kisah dengan sahabat2 dulu terkesan bahawa tak sepatutnya mereka menanggung penderitaan begitu sedangkan golongan atasan entah keturunan tidak sepintar mana mendapat segala bentuk kemudahan.

TELEFON PINTAR yang ditawar memang menarik! Tetapi TAWARAN TELEFON PINTAR BERSYARAT! Biar rugi seketika, kaut untung jangka panjang...bagi aku Telefon Pintar ni sudah distatuskan sebagai keperluan tetapi bukanlah REALITI DAN CABARAN Mahasiswa.

Tak pernah aku dengar lagi rungutan.

"Susah la ni, telefon pintar tak dak....susah nak belajar....susah aku nak buat kerja..."

Yang kerapnya:

"Susah la ni, kos hidup naik, yuran naik, hutang PT nak kena selesai lagi, kerja entah belum pasti..."


PENDIDIKAN PERCUMA

Justeru, aku kaitkan dua perkara ini supaya jelas. Realiti masalah Mahasiswa, mudah/mungkin digelapkan dengan hanya tawaran yang tiada kaitan. Sekarang sudah ada tawaran PENDIDIKAN PERCUMA oleh PAKATAN RAKYAT, bagi aku tawaran itu baru selari, seiiring dengan masalah mahasiswa.


RUNGUTAN BIASA

"Kalau semua benda free, lagi malas budak kita mengaji...lagi lah belajar main-main" Begitu pula persepsi. Itu hanya generalasasi, bagi aku tak semua yang datang ke IPT untuk belajar main2, ada yang bersungguh2 hingga menjadi manusia2 hebat...mudah sahaja...antara makan FREE dan makan kena bayar? Mana hampa nak?

Hampa tengok, makan free punya pasal....sanggup beratur panjang. Depa beratur panjang lama berdiri apakah untuk makan main-main ja? Ini kan belajar free...


PROSES KEMATANGAN

Mahasiswa yang cepat matang, selalu lalui banyak ranjau dan cabaran. Aku respek habis kawan2 aku yang di IPT, tak dapat biasiswa, peluang kerja kena cari...memang aku tengok depa lebih matang dan berdikari. Yang mendapat biasiswa, peluang kerja pasti....bukanlah tak matang, tetapi apabila kita sudah selesa, selamat, sukar merasai keperitan golongan yang tidak bernasib baik...

Pada aku, Mahasiswa yang lebih berdikari ada kelebihan, lebih kekuatan, lebih daya tahan apabila berkerjaya! Mungkin lebih berjaya dan menapak lebih jauh apabila anda pandai menghargai saat mula berdiri menempuh REALITI dan CABARAN sebenar mahasiswa.

7 comments:

  1. just sebagai pandangan..
    saya pon setuju dengan pendidikan percuma.. tapi masalahnya adakah pendidikan percuma dapat menyelesaikan masalah beban..
    pelajar mahasiswa sekarang memang banyakk.. kita pon tgk setiap tahun lebih kurang peningkatan 5% pelajar baru keluar.. so apa definisi pendidikan percuma..adakah pendidikan percuma untuk ke universiti tempatan.. tapi mcm mana ke universiti swasta?
    sekiranya pendidkan percuma diterapkan, adakah ia membantu pelajar2 kita masuk ke dalam universiti tempatan yang sememangnya pnoh? bagaimana pula kos penyelengaraan universiti berkenaan? kos untuk membuat universiti baru? cukai terpaksa dianaikkan(sanggup?)kalau ptptn dibubarkan adakan ada satu lg organisasi yg memberi wang percuma ke universiti swasta? atau ke ahlong coperation untuk meminjam wang.. so sekiranya ptptn dihapuskan jadi pelajar2 terpaksa sanggup melelongkan diri ke jurusan yang tak semestinya mejanjikan dan tidak berminat.
    Zaman dahulu.. kita pernah mendengar orang dahulu melanjutkan pelajaran, pak sedara terpaksa buat kutipan kilat untuk pergi belajar ke luar negara.. zaman dahulu sangat susah. kalau nak belajar ke luar negara pon merupakan sesuatu yang sememangnya mustahil.. pak cik saya pernah ditawarkan ke luar negara.. tapi hanya yuran sahaja ditanggung.. perbelanjaan dan penerbangan hendaklah dibeli sendiri. so dengan usaha gigih alhamdulillah beliau telah tamat. kemudian diperkenalkan ptptn untuk membantu pinjaman pelajaran.
    so sekarang dengan tinggi kadar pengganguran dan kadar hutang adakah pendidikan percuma dapat menangani masalah ini ataupun mentaliti yang perlu diubahkan..
    rasanya sudah cukup kita 'disuapkan' nasik ke dalam mulut hingga perot kenyang dan mata terus tertutup. tiada benda didalam dunia ini percuma. bahkan nyawa bila abis masanya akan dicabut kembali padaNYA. sebagai pandangan

    ReplyDelete
  2. Kerangka pendidikan percuma dah dibahas oleh Rafizi. sudah ada jawapan. xpa, org BN yg nak bayar utk yuran dialu2kan...mungkin boleh buat tiada paksaan menerima tkut mentaliti bermasalah.

    zaman bljar aku dpt biasiswa,tak pernah tahu ttg yuran pngajian. tak pasti mungkin mentaliti aku bermasalah:)

    ReplyDelete
  3. Kadar hutang paling tinggi zaman najib. beban hutang bukanlah isu pendidikan sgt tapi pembaziran kronisme...rasuah...isu kapal selam....berapa juta duit ngra bazir...hebat zaman najib...beban hutang terhebat

    ReplyDelete
  4. sangat setuju dengan isu kapal selam x boleh selam.. hahaha.
    harap saudara dapat mencana blog yang lebih berkualiti selepas ini.. politik nih kalau kita ikut semua negara semuanya tercemar dengan adegan masing2. people just listen what they want to hear. tetapi sebaliknya macam mana?..
    blog nih mmg bagus untuk bersantai, tetapi kalau asyik mendengar benda yang sama di kedai kopi agak membosankan. menarikkan lagi blog ini dengan maklumat2 dan fakta2 yang berfaedah. sudah sampai masanya kita terlepas dari tali pemikiran yang seperti pak sanggup. banyakkan membaca dari sudut semua pihak dan buat rumusan. jangan terlampau limitkan pengetahuan. sekadar nasihat. looking forward for ur next blog. 'the eyes are useless when the mind is blind'

    ReplyDelete
  5. "Depa beratur panjang lama berdiri apakah untuk makan main-main ja? Ini kan belajar free..."

    Kehkeh..ada2 je kau ni. Yg beratur panjang sampai beratus meter semata2 nk dapatkan aiskrim free atau burger free ni mmg bermasalah. Kalau aku, aku bg jelah peluang mkn free tu utk yg lbh berhak..ramai lagi rasanya. Duit aku x byk mana, tapi xperlulah nk beratur berjam2 utk benda free. Masih blh beli sendiri. Meletakkan yg hak pada tempatnya, ingat lg?

    " Kerangka pendidikan percuma dah dibahas oleh Rafizi. sudah ada jawapan. xpa, org BN yg nak bayar utk yuran dialu2kan...mungkin boleh buat tiada paksaan menerima tkut mentaliti bermasalah."

    Aku dgn senang hati akan bayar. Pelik? Biar aku pelik atau dianggap bermasalah pd pandangan mata manusia, antara aku dan Tuhanku, my consience is clear! Memberi pendidikan percuma utk semua pd aku adalah pembaziran. Pendidkan kita mmg dah percuma dah, cuma perlu keputusan yg cemerlang itu sahaja. Hendak seribu daya, xmau seribu dalih. Duit tu skali lg pd aku blh diberi pd yg lbh berhak. Letakkan yg hak pada tempatnya. Cabaran dalam hidup sentiasa ada dpd sejak kau lahir sampai mati besok. X dapat biasiswa dan perlu cari kerja tu semua sebahagian dpd cabaran. Aku tau, aku dh melaluinya first class. Zaman aku xde ptptn pun. Suma sendiri. So aku kerja setiap hujung minggu 10am-10 pm sabtu ahad sbb nk dpt duit lbh. Isnin ke jumaat penuh dgn kelas. Komplen??? Nahhh..aku xnampak apa yg perlu dikomplenkan. Suma tu menjadikan aku berdikari dan lbh kuat. Mungkin hak aku dimakan oleh yg lebih berkuasa? Mungkin..aku x nafikan kemungkinan itu. Tapi aku x heran pun kerana setiap dari kita akan bertanggungjawab atas pilihan kita. Balasannya ada jadi itu pilihan masing2 lah. Xperlu utk berburuk sangka.

    Aku ckp mcmni bknlah nak memperlekehkan yg menerima bantuan. Tu pun ok juga. Rezeki masing2 aku x dengki, semuanya ujian buat kita. Cuma aku x nampak sbb kenapa nk merengek sgt mintak bantuan itu ini. Syukur jika dpt, xdpt usaha cara lain, Allah kan ada.

    Pd aku kita nak mengubah dunia kearah lbh baik kita mula dgn diri sendiri jelah. Cermin diri dan ubah. Biar dipandang bermasalah xpe, just do what's right. Biar Allah je yg menghakimi.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas komen, blog ni tak bgus mana. aku tulis waktu ada masa saja, itu pun tak lebih kepada nak isi masa yang ada dan lepas gian menulis, bukanlah pandai nak bahas dengan mendalam. sekadar perkongsian biasa.

    ReplyDelete
  7. Isu Pendidikan

    betul apa saudra cakap, dan aku dah sentuh dalam tajuk PROSES KEMATANGAN (TAJUKKECIL). Aku melihat Pendidikan Percuma ada baik buruknya. Terutama dari segi berdikari membina anak muda. Tahniah mereka yang lebih berdikari, aku ada ramai kawan2 mcmtu, aku hormat!

    Apabila kita tgk Malaysia adalah negara Pengeluar yang utama, byk sumber; sekurangnya2 pendidikan percuma mampu kurangkan beban rakyat; itu sahaja. Duit lebihan perbelanjaan boleh digunakan utk lain. Menjadi masalah utama sekrang adalah Rasuah. Aku bidang Pendidikan; Rasuah hebat! Dari peringkat bawah hingga ke atas....itu baru satu bidang belum yang lain. Pembaziran wang mcmtu lebih hebat daripada Kos Asal Pendidikan Percuma. Kalau Rasuah sifar, banyak perkara boleh dijana dengan hebat. Yang bawah songlap, yng jerung apatah lagi...itu yg aku lihat PR nak lawan UMNO, soal Rasuah.

    Apabila rakyat merasa krisis Kewangan, dalam pemikiran hanya lah mencari sumber pendapatan tambahan. Sebabtu aku lihat rakyat agak jauh mencari agama, kerana disibukkan mencari duit...itu mungkin salah satu sahaja...tekanan hidup, aku dok KL byk tgk orang2 mcmtu...mungkin kawasan lain kurang.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...