Pages - Menu

27.12.12

"Pak Cik! kalau popular kena menang anugerah..."

Salam untuk semua, moga dirahmati

Artis itu dah bertudung? Pelakon tu dah bertudung? Soalan2 lazim dikala beberapa tahun ni, fenomena artis bertudung...mestila artis perempuan yop! asal laki bertudung itu bukan perubahan, itu kesesatan. Tahniah makin ramai bertudung! Sekurang2nya penampilan mengajak manusia berdakwah kepada yang baik.

"Apa depa ni, pilih artis nak p bantuan Gaza..." ngomel sorang pak cik ni yang aku jumpa di sebuah program cuti lalu.

"Depa ni mana tau apa pun, melalak...nak popular ja lebih...banyak lagi ustaz2 yang boleh dihantar sana." Sambungnya lagi. Aku tak semena2 jadi bahan "lepas geram" kepada artis. Aku masih membisu sambil otak terpusing2 arah tuju.

"Betul pak cik, depa memang nak popular sebab Gaza tempat pejuang2 yang mati syahid. Kalau popular kena menang anugerah...anugerah mati syahid." Balas aku tersenyum seperti mengembalikan leterannya tadi. Pak cik tadi terdiam, aku membiarkan sahaja sekurang2nya merubah persepsi.
Teringat kisah seorang sahabat nabi, baru sahaja memeluk Islam terus pergi berjihad di medan perang lalu mati syahid. Tidak pernah solat, puasa, zakat haji apatah lagi. Siapa sangka pengakhirannya mulia.

5 comments:

  1. DEPA ANTAR BOBOI UMNO PI SANA HAHAHA ! ABU JANGAN LUPA !

    ReplyDelete
  2. sapa2 pun boleh pi asal niat tu betoi...

    ReplyDelete
  3. mungkin jihad untuk syahid itu sukar untuk diperoleh, tapi boleh diusahakan. dan lebih elok jika jihad minda dulu kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...