Pages - Menu

29.12.12

Aku Berbangga Seorang MUSLIM | "Alahai, buruknya....haha"


Salam untuk semua, moga dirahmati

Budaya dan agama membantutkan sosial aku di tempat kerja. Aku kerja di sekolah SJK, jadi  agak menekan jiwa raga..haha bukanlah soal kerja banyak, tugasan yang terbeban tetapi sosial dan persekitaran yang tidak menyenangkan.  Dalam kelompok itu aku mula membandingkan dengan mereka, sedar aku lebih baik kerana aku adalah seorang "MUSLIM". Mengapa?

Mungkin hikmah aku ditempatkan di sini, jika dalam kelompok Muslim mungkin aku yang kabur begitu mahalnya "MUSLIM" pada hati. Terdetik demikian selepas melihat seorang guru perempuan non-muslim yang lebih berusia meneguk botol air yang besar dan menguap dengan reaksi muka yang "comel" semasa dalam satu program..."Alahai, buruknya....haha" begitulah detik2 hati melihat gelagat itu. Tidaklah salah, tapi nampak jelek sekali. Aku membayangkan kalau mak aku yang buat begitu di depan khalyak orang, ish3! pelik bebenor. Mohon dijauhkan. 

Dalam tak sedar, kita semua sebagai MUSLIM sudah dididik bermula bangun tidur, minum air, makan, masuk tandas, buang air, aurat adab2 berpakaian, soal makan minum dll, apabila aku membanding semua tu. Walau sekecil perilaku, diajar apakah erti ibadah dan tatalaku yang mengikut syariat! Semuanya punya pahala disisi Allah. Berbangga tak anda menjadi MUSLIM...?

*Ya Allah, aku mohon dikeluarkan dari suasana tu...mohon kekuatan dan diberikan akhlak Islam dijadikan tarikan untuk yang bukan Islam. amin =) 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...