Pages - Menu

9.9.12

Program "Ustaz Sayang Anda" (GAMBAR MENARIK)


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/563053_444495485593605_1757725184_n.jpg

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Alhamdulillah, semalam aku, Anwar (adik) dan Sufi berkesempatan menghadiri program Ustaz Sayang Anda di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Program yang santai dengan iringan hiburan nasyid yang menyegarkan. Program yang berlangsung dengan menjemput barisan para ulama menyampaikan bingkisan pengalaman mereka dalam dakwah.





Pahit manis, suka duka yang diceritakan sudah menangkap bagaimana liku-liku menuntut ilmu suatu masa lalu mampu melahirkan permata-permata ilmu kepada masyarakat. Aku pertama kali mendengar ceramah daripada Ust Don Daniyal dan Ust Zaharuddin Abd Rahman, sedikit teruja...kalau sebelum ini 30 minit Ust Don menjadi "sarapan pagi" sebelum ke tempat kerja, alhamdulillah program itu lebih mendekatkan aku dengan bait-bait nasihatnya.


Pesan Ust Don, sekalipun kita bukan alim ulama, tetapi dengan menghadirkan diri bersama-sama alim ulama mudah2an Allah menjadi saksi kecintaan dan kasih sayang kita kepada alim ulama, waris para nabi. Nak banding aku yang jahil dengan barisan alim ulama yang hadir malam tu, Allah...macam langit dengan bumi. Aku doakan moga sedikit rasa cinta dan sayang kepada pejuang2 ilmu Allah, menjadi hati istiqamah dengan Islam hingga nafas2 akhir sebagai insan dan hamba-NYA.






















*

5 comments:

  1. assalam, sungguh bertuah buat yg hadir pada malam yang penuh ilmu dan barakah itu...boleh buat kat tempat lain pulak

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    mohon share di FB...
    thanks.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...