Pages - Menu

10.9.12

Andai Rasulullah s.a.w Masih Ada - Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre

 
Salam untuk semua, moga Allah merahmati

Kupasan dan cerita yang menarik disampaikan oleh Ust Syed Abdul Kadir Al Jofree tentang sirah Rasulullah dan sahabat akrabnya, Sayyidina Bilal Rabah. Dalam sejarah bandar Madinah, dua kali seluruh penduduk Madinah menangis, yang pertama ketika hari kewafatan baginda Nabi S.A.W dan yang kedua ketika Sayyidina Bilal melaungkan azan selepas lama membawa diri ke Syam kerana kesedihan kewafatan Rasulullah.

Sayyidina Bilal laungkan azan atas permintaan para sahabat yang lain, laung azannya menimbulkan kembali kerinduan yang amat sangat kepada penduduk Madinah kepada Rasulullah, teresak-esak seluruh penduduk Madinah. Apabila tiba diucapan "Aku bersaksi bahawa Rasul itu pesuruh Allah", terhenti terus azannya...tak termampu menahan rindu pada seorang Kekasih Allah.

Apakah kerinduan kita sehebat itu?

Tingkah laku kita seharian, apakah masih wujud sedikit ruang mengingati baginda Rasul?

Jika Rasulullah masih ada, adakah kita menjadi kebangggan umat Muhammad?

Selawat dan Salam kepada Baginda Nabi S.A.W

4 comments:

  1. Sedih.. jauh sangat tingkah laku kita dgn sunnah Rasulullah spt yg diharapkan......

    ReplyDelete
  2. Terima kasih akhi...perkongsian yang bermakna...Tak dapat nak bandingkan kerinduaan sahabat kepad rasulullah.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...