Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan
utama bagi mengubah sistem pendidikan negara. Pelan pembangunan pendidikan itu akan memastikan setiap rakyat mendapat
pendidikan terbaik bersandarkan keperluan semasa dan masa hadapan yang
mencabar.
- Pelajar pintar selesaikan UPSR dalam lima tahun dan SPM empat tahun.
- Peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan beri fokus kemahiran berfikir aras tinggi. Contoh, 80 peratus soalan UPSR berbentuk pemikiran aras tinggi.
- Sastera Inggeris diwajibkan di sekolah menengah. − Penjenamaan semula Tingkatan Enam - kelonggaran pemakaian pakaian seragam, Majlis Pelajar ditubuh.
- Bahasa Malaysia standard di SK atau SJK mulai Tahun Empat pada 2014. Kelas peralihan mansuh 2017.
- Insentif bagi guru besar/pengetua di luar bandar dan sekolah berprestasi rendah, antaranya elaun, laluan pantas kenaikan pangkat.
- Guru cemerlang boleh dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 lebih cepat berbanding purata ketika ini 25 tahun.
- Guru yang mencatat prestasi rendah selepas bimbingan, akan diberi tugas lain seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum.
Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah:Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015.
* Peningkatan dalam kemahiran guru
* Kualiti pengajaran
* Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah
* Mutu kepimpinan sekolah
Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020* Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.* Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025* Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Ulasan
Aku melihat peringkatan yang disusun baik, aku baru sempat membelek kulit luar tanpa mengorek isi dalam. Sangat bagus dan holistik (murid, guru, ibu bapa, pihak lain) hanya dua perkara yang ingin aku sentuh yang pertama tentang Bahasa Melayu subjek teras yang diberikan perhatian, tidak pasti sejauh mana di"perjuangkan" terutama selepas perhatian yang pasti akan diberikan secara lebih tinggi untuk pelaksanaan Sastera Inggeris yang akan dijalankan di sekolah menengah nanti.
Kedua, aspek nilai lebih khusus kepada pembentukkan jati diri dan akhlak murid. Fokus lebih banyak diberikan kepada pembinaan material dan fizikal, tetapi aku tak jelas apakah akan wujud program khusus terutama membendung masalah2 sosial dalam kalangan pelajar yang semakin "luar biasa".
Aku mungkin baru setahun jagung dalam dunia pendidikan, sedikit pengalaman itu aku dapat rumuskan begini..."Nak cari pelajar pandai, cerdik...amat mudah terutama sokongan kuat persekitaraan yang semakin maju, berbeza apabila ingin menemui pelajar yang berakhlak mulia, berprinsip, punya jati diri dan kelengkapan asas rohani, mungkin akan timbul jalan buntu seterusnya punca tekanan para guru"
pendapat saya, balik bahasa baku lagi baik, makin lama makin carca merba rasanya, sekarang eja kuda sebut kude, eja saya sebut saye, banyak perubahan yang dibuat dalam arus pendidikkan namun masih belum ada kejituan. Dulupun pelajar pintar boleh lompat kelas namun atas sebab tertentu ianya tidak dibenarkan pada awal 90an?. Masih banyak masaalah remeh yang belum dapat diselesaikan, seperti masaalah ketiadaan guru ganti yang menyambung teras pembelajaran. Di Malaysia pun Menteri a jawab dan ulas kerja Menteri b, menteri c usul kerja menteri d, berpusing bagai tiada skop kerja. Sekolah pun bagai tak cukup bajet, bagai mengharapkan kutipan derma, kanak kanak membahayakan diri mengutip derma untuk sekolah, ada yang di janjikan imbuhan bagi juara kutipan terbanyak.kadar Buang anak, sexs bebas, jenayah pun semakin banyak dilakukan oleh mereka yang masih bersekolah... banyak yang perlu di atasi dan yang pasti semuanya hendak yang terbaik....
ReplyDeletesuami akak trlibat secara langsung dgn projek ni n dia baru blk semlm. akak belum sempat nk belek buku yg dibawa blk setebal bantal tidur tu..hehehe...cuma membaca secara lalu...
ReplyDeleteHarapan agar cikgu2 tdk "dikerjakan" oleh GB/Pengetua yg mengejar inesiatif n xdibebankan dgn tugasan yg xsepatutnya.....
assalam, biarlah perubahan ini dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada sisitem yg sedia ada.
ReplyDeleteInsyaallah spy projek ni jadi yg terbaik bukan projek mi segera ala PPSMI yang punh begitu sahaja. Dlm program ni cikgu dijanjikan kurang kerja pentadbiran...tunggu dan lihat
ReplyDelete