Pages - Menu

12.9.12

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

 

Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan utama bagi mengubah sistem pendidikan negara. Pelan pembangunan pendidikan itu akan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan terbaik bersandarkan keperluan semasa dan masa hadapan yang mencabar.

  • Pelajar pintar selesaikan UPSR dalam lima tahun dan SPM empat tahun.
  •  
  • Peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan beri fokus kemahiran berfikir aras tinggi. Contoh, 80 peratus soalan UPSR berbentuk pemikiran aras tinggi.
  •  
  • Sastera Inggeris diwajibkan di sekolah menengah. − Penjenamaan semula Tingkatan Enam - kelonggaran pemakaian pakaian seragam, Majlis Pelajar ditubuh.
  •  
  • Bahasa Malaysia standard di SK atau SJK mulai Tahun Empat pada 2014. Kelas peralihan mansuh 2017.
  •  
  • Insentif bagi guru besar/pengetua di luar bandar dan sekolah berprestasi rendah, antaranya elaun, laluan pantas kenaikan pangkat.
  •  
  • Guru cemerlang boleh dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 lebih cepat berbanding purata ketika ini 25 tahun.
  •  
  • Guru yang mencatat prestasi rendah selepas bimbingan, akan diberi tugas lain seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum.

4 comments:

  1. pendapat saya, balik bahasa baku lagi baik, makin lama makin carca merba rasanya, sekarang eja kuda sebut kude, eja saya sebut saye, banyak perubahan yang dibuat dalam arus pendidikkan namun masih belum ada kejituan. Dulupun pelajar pintar boleh lompat kelas namun atas sebab tertentu ianya tidak dibenarkan pada awal 90an?. Masih banyak masaalah remeh yang belum dapat diselesaikan, seperti masaalah ketiadaan guru ganti yang menyambung teras pembelajaran. Di Malaysia pun Menteri a jawab dan ulas kerja Menteri b, menteri c usul kerja menteri d, berpusing bagai tiada skop kerja. Sekolah pun bagai tak cukup bajet, bagai mengharapkan kutipan derma, kanak kanak membahayakan diri mengutip derma untuk sekolah, ada yang di janjikan imbuhan bagi juara kutipan terbanyak.kadar Buang anak, sexs bebas, jenayah pun semakin banyak dilakukan oleh mereka yang masih bersekolah... banyak yang perlu di atasi dan yang pasti semuanya hendak yang terbaik....

    ReplyDelete
  2. suami akak trlibat secara langsung dgn projek ni n dia baru blk semlm. akak belum sempat nk belek buku yg dibawa blk setebal bantal tidur tu..hehehe...cuma membaca secara lalu...

    Harapan agar cikgu2 tdk "dikerjakan" oleh GB/Pengetua yg mengejar inesiatif n xdibebankan dgn tugasan yg xsepatutnya.....

    ReplyDelete
  3. assalam, biarlah perubahan ini dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada sisitem yg sedia ada.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah spy projek ni jadi yg terbaik bukan projek mi segera ala PPSMI yang punh begitu sahaja. Dlm program ni cikgu dijanjikan kurang kerja pentadbiran...tunggu dan lihat

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...