Pages - Menu

26.8.12

Bersedia Berjauhan Lagi | Kisah Aku dan Keluarga

Salam untuk semua, moga dirahmati

Habis sudah seminggu bercuti sambut Aidilfitri...kembali bertugas dan belajar. Kali ni aku sambut raya agak berbeza rasa...memandang aku dan keluarga akan berjauhan dengan adik yang bongsu (Ayi) ke Mesir, seminggu cuti agak terhad untuk aku tolong apa patut persiapan Ayi. Adik kedua, Anwar pula sambung degree di UiTM Shah Alam...aku macam biasa...belajaq kat KL...akhirnya ditempatkan kerja juga di ibu kota ni. Mak dan ayah bakal berdua tanpa anak2 lepas ni.

Bersedia berjauhan sementara...itu yang aku harapkan. Lepas sahaja tamat belajar dulu, aku berharap sangat dapat berkhidmat di negeri sendiri...bukan tak mau keluar mencari pengalaman...tapi memikirkan emak dan ayah yang semakin berusia, paling tidak sakit demam ada juga yang dapat tengokkan. Sekarang, kami bertiga adik beradik bakal berjauhan dengan mak ayah...paling jauh Ayi...4 tahun di sana.

Kami bertiga agak rapat, yalah...laki semua, main futsal sekali, main boling, tengok wayang, p ceramah politik, ke mana agak kerap bersama. Hingga aku teringat seorang pak cik yang pernah sapa aku dan Anwar yang sedang rancak sembang semasa kat sebuah masjid...pakcik tu pun ingat kami berdua kawan...pak cik tu pun agak pelik jarang2 adik beradik boleh sembang begini...aku bersyukur, walaupun lelaki semua, aku doakan ukhwah keluarga kekal sampai bila2.

Emak dan ayah bakal berjauhan dengan anak2nya lagi...dulu pernah sekejap suasana ini...waktu tu kami bertiga bersekolah di asrama...aku dan Anwar satu sekolah...Ayi sekolah lain tetapi daerah sama. Emak cerita waktu tu nak berjalan2 pun tak tentu arah lagi...serba tak kena. Sunyi mungkin. Kini keadaan kembali, mungkin masa berjauhan lebih lama.

Perpisahan adalah satu pengorbanan...tambahan pula tujuannya menuntut ilmu...aku doakan kami sekeluarga mampu hadapinya dengan tenang...Ayi di sana teruskan perjuangan ilmu yang masih panjang. Aku dan Anwar akan berusaha juga pulang sekalipun 2 hari di hujung minggu ke kampung halaman. Ibu ayah permata yang tak mungkin dicari ganti, bersedialah berbakti kerana jasa mereka tiada tandingi. Moga Allah rahmati kedua-dua kekasih hati kami.

8 comments:

  1. sedihnya post ni...

    sangat memahami...

    keadaan yg sama kala ini...

    (T_T)

    ReplyDelete
  2. memang terasa bila berjauhan...bila semua anak2 pulang ke tempat masing2 kita kembali berdua...

    ReplyDelete
  3. sabar ye.. korg berjauhan pun sbb belajar.. :)

    ReplyDelete
  4. Berpisah akhirnya bertemu jua. Sabar di tengahnya.

    ReplyDelete
  5. salam,

    kalu tak mahu berjauhan, bukalah bisness sendiri.

    KLIK Isu pendidikan

    ReplyDelete
  6. Salam Lebaran Salam Kemerdekaan..
    ~sebangsa senegara sejiwa~
    ;P

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Harap belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya.membaca entry saudara, sangat memahami...syahdu mengenangkan perpisahan antara keluarga demi meneruskan perjuangan masa depan.Pilu mengenangkan ibu bapa kembali berdua.
    Namun bagi saya, pengalaman yang pilu campur gembira apabila pertama kali meraikan syawal bersama suami dan keluarga mertua jauh di utara, di saat saya hamil sulong.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...