Pages - Menu

20.8.12

Adik bongsu sambung belajar di Mesir

Photo: Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Mohamadazhan dan keluarga-1 Syawal 1433H.
 Selamat Hari Raya dari Mohamadazhan.com sekeluarga buat teman-teman.
(Ayi, emak ayah tersayang, Anwar, Azhan.) Hero belaka...haha


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah....Macam mana sahabat2 sambut raya....? mesti meriah...ziarah kunjung ke sana sini...yang peting elakkan apa2 tragedi...pandu berhati2. Tahun ni aku dan keluarga akan berpisah sementara dengan adik bongsu, Mohamad Adli...Ayi (Adli) akan berangkat ke Mesir untuk sambung belajar di Universiti Fayoum dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Lepas ni lambat lagi la nak sambut Hari Raya bersama degan adik aku yang bongsu ni.

Aku sebagai abang yang sulong nak nasihat pun tak tau bagaimana...haha..abang sendiri pun mengaji dalam Malaysia sahaja...tak tau susana di luar negara bagaimana....cuma yang paling penting permulaan segalanya adalah NIAT KERANA ALLAH. Niat ke sana, tujuan utama adalah menuntut ilmu...bukan mengharap segulung ijazah semata2...dapat ijazah belum pasti berkualiti...kerana pelajar pulang Timur Tengah ramai juga terbabas.

Balik ke tanah air nanti dapat berbakti kepada masyarakat terutama soal agama...masyarakat makin tenat dan penat....sekurang2nya penat lelah ibu ayah membesarkan memperoleh ganjaran dari Allah. Mengharapkan aku dan adik kedua, Anwar...kami berdua dah cabang berbeza...kami nak sampaikan dakwah sekadar pengetahuan terbatas sahaja. Moga tinggalan arwah Tok Wan (datuk) boleh diteruskan oleh adik aku yang bongsu ni.

Ayi akan berangkat pertengahan bulan September ni...sebelum ke sana, aku hanya mampu pesan supaya Ayi habiskan baca beberapa buah buku...antaranya karya Ust Hasrizal Jamil (Saifulislam.com), Hilal Asyraf dan Dr. Zaharuddin. Itu sahaja aku mampu, berikan panduan melalui judul buku...aku rasakan beberapa orang tokoh penulis hebat ni mampu jadikan panduan...kerana banyak sekali pengalaman dan pengajaran berharga semasa mereka menuntut ilmu agama di luar negara. Aku suka membaca, tapi aku sendiri tak mampu terjemahkan pengalaman mereka...aku harap Ayi mengambil sesuatu yang baik daripada karya2 pendakwah dan penulis yang terkenal tu.

Aku doakan yang terbaik untuk Ayi yang bakal teruskan perjuangan jihad menuntut ilmu di sana...perjalanan masih jauh, masih banyak liku-liku hidup yang akan ditempuh...belajar sebaiknya, memohon pertolongan dari-NYA. Kami sekeluarga dan sanak saudara sentiasa mendoakan. Pesanan ini juga buat bakal "adik".haha...Huda pula akan sambung belajar di Jordan dalam biang Bahasa Arab, berangkat awal September ni...moga Allah merahmati kalian berdua. 

Sahabat2 yang berhajat untuk membuat sumbangan, boleh  hubungi aku di email Mohamadazhan.gmail.com. Mohon doa juga daripada sahabat sekalian, moga Allah rahmati =)

5 comments:

  1. assalam, tahniah...selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. tahniah, tapi jgn lupa pesan bila sampai egypt jgn terpengaruh dgn ngo isma yg berniaga beras jati

    ReplyDelete
  3. tahniah utk adik azhan..

    selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. best dapat blaja luar, diharap dapat menyambung kerja2 ulama di tanah air salam eid...:p

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    semoga Allah memudahkan urusan adik saudara dalam berjuang menuntut ilmu.amin

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...