Pages - Menu

5.8.12

Lagenda Badminton Lee Chong Wei (LCW)

Tangisan PERAK yang terakhir di Kejohanan Sukan Olimpik

Salam untuk semua,

Dramatik perlawanan akhir di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan (China) dalam kejohanan Olimpik London 2012...mungkin ini kejohanan akhir LCW memandang usianya sudah menjangkau 30 tahun...aku mula kenal2 nama LCW semasa menonton aksinya semasa perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2003 menentang Cheng Hong(China).

Nostalgia tu aku ingat sampai sekarang sebab beberapa kali Cheng Hong hampir rebah dalam gelanggang dengan hantaran kilas yang mengelirukan dari LCW...perlawanan tu LCW sangatlah merendah diri, yalah...jumpa jagoan China...dia pula masih tiada nama...nak pandang muka Cheng Hong pun takut2...haha. tamat perlawanan Cheng Hong sempat memberikan hormat kepada anak muda yang hampir menewaskannya...zaman tu Lin Dan belum lahir di persada...dok berhingus lagi kot.

Selepas kebangkitan LCW, dia hampir menang semua super siri...Terbuka Malaysia paling banyak...tapi sayang...LCW masih terus kempunan untuk menang juara Olimpik, Terbuka Dunia dan Piala Thomas...sekarang ni pun Malaysia masih ketandusan pemain2 muda yang bakal menggantikan tempatnya....legenda badminton yang bakal dikenang sepanjang zaman, LCW. Tahniah!
Tak silap aku LCW mula berlatih setiap hari pukul 5 pagi....hebat bukan? Kita umat Islam entah bangun Solat Subuh pukul berapa pula...yang tak solat pun ramai..? Lepas ni jangan merungut kenapa umat kita selalu gagal.

10 comments:

  1. we proud of u lcw..kalah bermaruah,sebak~

    mohamad azhan pon boley nk jd pengganti lcw~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalam, kesungguhannya patut menjadi ikutan muda-mudi kita...

    ReplyDelete
  4. Paling best bila diinterview, LCW selalu respon dalam Bahasa Melayu. Tahniah untuk dia dan Team Malaysia.

    ReplyDelete
  5. cik rimau xingat bile tp yg pasti cik rimau tgok mase die mule2 nak naik.. sgt2 merendah diri die mse tu.. byk tunduk je.. sejak dr situ, die byk menang smpai dpt jadi pemain no 1 dunia.. byk jugak jasa die yer.. huhu. hurmm.. pasni xde la pelapis ley ganti tmpt die..

    ReplyDelete
  6. apa2pun Dato LCW telah buat yang terbaik :-)

    ReplyDelete
  7. eloklah pun kalah... kalau menang runtuh langit dek publisiti oleh puak2 pemimpin2 laknatullah tu nanti... sampai naik meluat kita tengok dia punya gebang macam lah pingat tu boleh selesaikan masalah dan kebejatan yg berlaku dlm negara.. setakat menang nak bermegah dapat apa... rakyat susah jugak, harga barang mahal jugak, RASUAH berlambak jugak, penyelewengan banyak jugak... tak da faedahpun setakat menang pingat tu... kalau boleh jual dan naikkan ekonomi negara tak palah jugak... ni terbalik kalau menang duit rakyat jugak yg kena kebas sebab nak bagi insentif itu dan ini... walhal masa berlatih dah berjuta duit rakyat habih... bermewah2 dgn makanan yg berkualiti, ubat2tan yg berkualiti bayar jurulatih dan macam2 lagi kemudahan... patutnya bila kalah bayarlah balik duit rakyat tu macam pelajar2 kena bayar duit PTPTN tu... baru adil dan ada akauntabiliti... Itu belum lagi kira duit tajaan.. ramai yg kenyang dan rakyat jugak yg rugi sebab dikecualikan cukai utk rakyat... setakat menang dapat pingat dan boleh bermegah2 je, takpayahlah... silap2 jadi kufur kpd Allah sebab bongkak...

    ReplyDelete
  8. sebaiknya berfikiran positif kerana tak semudah itu apabila berada dalam gelanggang...

    ReplyDelete
  9. kan bagus kalau setiap hari boleh bangun seawal 5 pagi utk beribadah...

    malangnya aku selalu bangun jam 640 pagi hehehe

    ReplyDelete
  10. perak pun ok dia sudah cuba yg terbaik,

    btw blog sya sudah berpindah ke wordpress.

    Mengapa sek antarabangsa jadi pilihan

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...