Pages - Menu

12.7.12

Pengalaman Aku dengan Sekolah Agama Rakyat


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya...selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi S.A.W. Beberapa hari lepas aku terkenang suatu peristiwa di zaman sekolah aku dulu...mungkin baik untuk kongsikan bersama sahabat2 sekalipun entri kali ini mungkin/bakal menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pembaca....mohon maaf.

Dulu aku bersekolah asrama di daerah Baling, Kedah...jarak dengan S.Petani, tempat asal kelahiran tidaklah jauh, sekitar sejam anggaran masa kedua-dua tempat. Daerah Baling antara daerah yang luas dan besar di negeri Kedah...jika ada yang pernah ke sana mungkin akan melalui kawasan2 pondok agama atau sekolah2 agama rakyat yang boleh dikatakan menjadi sumber lahirnya permata2 ulama di Malaysia suatu masa lalu...yang sudah menjadi menteri pun ada, yang bergelar pak imam usah dikata.

Aku bukanlah berasal dari sekolah agama rakyat (SAR) tetapi aku bersekolah di sebuah sekolah agama kerajaan, jika nak banding kemudahan sangatlah berbeza... Sekitar tahun 2002-2003, negara kita kecoh apabila SAR ditarik balik bantuan perkapita iaitu bantuan harian yang sepatutnya diperoleh oleh pelajar-pelajar pondok terhenti serta merta...aku pada ketika usia setahun jagung untuk memahami peristiwa itu terus sahaja menjadi pemerhati dan pendengar, walaupun aku bukanlah (pelajar)mangsa kejadian ketika itu.

Antara detik-detik yang memilukan yang masih kekal kuat di ingatan aku adalah semasa menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid sekitar kawasan sekolah...seperti biasa para pelajar akan bergerak ke masjid selepas makan tengah hari...sekitar jam 12.30-12.45 semuanya sudah berkumpul di masjid menunggu azan Jumaat...ada yang membaca Quran dan berzikir, membaca semula ayat2 yang dihafal...tak kurang juga yang mencari peluang membeli makanan sekitar gerai2 di luar masjid.

Selesai azan berkumandang, khatib memulakan khutbah...selalunya aku cuba tidak lepaskan peluang untuk mendengar bait-bait nasihat dan pengajaran khutbah...khutbah kali ini berbeza...khatib ini aku jangkakan seorang ustaz dari SAR sekitar daerah Baling...beliau menyentuh isu SAR dengan penuh semangat, di pertengahan khutbah  tiba-tiba sahaja terhenti seketika khutbah yang disampaikan...semua jemaah masing-masing masih khusyuk memandang khatib...yang tertidur tersengguk2 juga mampu terjaga.

Perlahan2 air matanya mengalir...sebak yang ditahan tak mampu dibendung lagi...dibetulkan serban di bahu untuk mengelap basahan di wajahnya...suasana tengah hari yang panas ketika solat Jumaat itu  betul2 menyentuh hati para jemaah...aku yang masih belajar untuk memahami, mungkin sudah menangkap derita mereka...sahabat2 yang sama2 berjuang menuntut ilmu agama di sekitar daerah tersebut...beberapa minit kemudian khatib cuba meneruskan sehingga ke penghujung khutbah. Itu lah pertama kali dan terakhir sejak aku menjadi seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menunaikan solat Jumaat...tidak pernah lagi khatib mengalirkan air mata terhadap isu-isu yang dikhutbahkan.

SAR...tidak terhenti begitu sahaja...ketika itu juga aku mendapat khabar ramai pelajar yang berpindah ke sekolah biasa...tak kurang jumlah guru yang mengajar terpaksa dikurangkan, malah para guru yang sudah menerima gaji yang sedikit tidak mampu menanggung beban terpaksa mohon ke sekolah2 lain atau berhenti begitu sahaja mencari sumber pendapatan yang lain...kisah-kisha itu juga diceritakan oleh sahabat2 aku yang belajar di sana.

Selepas semua itu terjadi, baru aku memahami bagaimana kerajaan ketika itu mendiskriminasikan SAR. Aku terus keliru kenapa aku di sekolah bantuan penuh kerajaan diberikan segala macam kemudahan? Tidak mereka? Apakah mereka bukan warganegara yang selayaknya menerima bantuan yang sama? Jarak sekolah aku dan mereka hanya beberapa kilometer tetapi sudah punya tembok berbeza.

Pengalaman2 aku belajar ketika itu menjadikan aku terus membenci sikap kerajaan terhadap golongan agama...tak kurang aku belajar di daerah Baling...cerita Isu Memali dengan diri aku amat dekat...apa yang terjadi hampir dihadam dengan baik. Beberapa tahun selepas itu, adik bongsu aku pula sambung belajar di SAR di daerah Baling...waktu itu baru aku dapat melihat sendiri dan membuat perbandingan bagaimana kehidupan SAR dan sekolah aku dahulu...ternyata jauh berbeza...serba serbi kurang...kadang2 belakan air bersih tidak dapat disalurkan kepada pelajar...sungai menjadi tumpuan.

Aku yakin dan percaya ada sahabat2 lebih banyak merasai pengalaman2 perit itu, tak kurang yang bersekolah di zaman itu...sekarang perkapita kepada SAR sudah dikembalikan. Sejarah-sejarah itu mengajar dan mendidik aku untuk jadi lebih dewasa memahami kehidupan. Tidak aku membenci sesuatu tanpa tujuan, jauh sekali hasutan...moga Allah merahmati para alim ulama yang berjuang untuk SAR sejak zaman kegemilangan Islam di Tanah Melayu dulu lagi.

Institusi pondok di Tanah Melayu merupakan pemangkin utama penentangan penjajah dan menuntut kemerdekaan negara suatu masa lalu...Tok Janggut, Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong antara nama2 besar ulama Melayu yang menentang kuat penjajah. Malulah, sekarang kita mampu menghirup udara nyaman dan tenang tetapi terus lupa kepada para pejuang kemerdekaan yang bermula di pondok-pondok kayu yang buruk.


7 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Pelajar dari pondoklah kebanyakkannya bijak dan mampu menyampaikan risalah yang Rasulullah s.a.w. bawa hingga ke hari ini...moga mereka terus kuat

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Azhan,

    rasa macam kat negeri kapir. Antara yg mula2 di buat oleh gomen LGE di PP ialah menaikkan elaun guru SAR!

    ReplyDelete
  3. tahu pasal isu ni, tp ingat2 lupa

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg bagus sebab saya tak tahu pun pasal ni..
    =)

    ReplyDelete
  5. Saya dulu duduk kt Baling dr kecik smpai lepas SPM...ada sekolah agama kat area Sg Limau tu sy tau la sbb selalu lalu kt situ kalau nak balik kampung huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Khatib kat Masjid Negeri Ipoh juga sebak semasa mengkhabarkan penarikan bantuan perkapita kepada SAR dulu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...