Pages - Menu

16.5.12

Selamat Hari Guru | Pengalaman 4 Bulan Menjadi Guru

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah. 16 Mei tarikh keramat buat para guru, tahun ini juga secara rasmi aku menyambut Hari Guru di sekolah walaupun hari ini (16 Mei 2012) sekolah aku belum mengadakan sambutan secara rasmi...aku pun tak pasti bila disambut...hehe.tak salah aku, GPK maklumkan bulan JUN...sebulan lalu dia jumpa aku nak mintak aku menyanyi sempena Hari Guru...perghhh...sebagai wakil guru berbangsa Melayu...tau la aku ja seorang lelaki sejati Melayu di sekolah tu...dengan baik aku menolak tawaran hebat itu...maaf cikgu saya tak dak bakat...akhirnya aku diberikan tugas membaca ikrar...sedang mempertimbangkan untuk berpuisi~

Hari ini genap 4 bulan aku bertugas sebagai guru...cabaran, dugaan lumrah apa pekerjaan sekalipun. Dulu beranggapan sekolah pedalaman lebih mencabar, tetapi sekolah di tengah kota raya lain pula mehnanya. Berhadapan dengan ribuan murid yang terdedah dengan dunia tanpa wayar...amat sukar...lebih mudah murid yang tertutup info...bukan menafikan sumber ilmu dan pengetahuan tetapi kesan sampingan kepada nilai dan moral menekan suasana murid sekarang.

Perasaan 4 Bulan menjadi GURU: Sudah dua kali murid-murid sekolah aku menjalankan peperiksaan, keputusan peperiksaan kedua agak menurun, malah terdapat kelas yang majoriti muridnya gagal...aduhai...pening kepala aku memikirkan, susah hati dengan pencapaian murid yang sangat teruk.

Ada ketika tengah semangat untuk memberikan kefahaman kepada murid, ada pula beberapa orang murid melontar kata caci nista kepada aku...tak kurang carutan yang aku tak sangka. Waktu itu baru aku sedar bagaimana perasaan Guru apabila Murid berlaku biadap seumpama itu...kecewa, marah usah dikata...kadang2 terasa putus asa untuk mengajar...kalau dirotan pukul seperti sudah tidak berguna...mengingatkan tanggungjawab dihabiskan juga pengajaran hingga tempohnya...moga aku terus cekal dan ikhlas untuk ilmu, insyaAllah.

Ucapan: Aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru, terutama yang pernah mendidik aku abc...alif ba ta...campur tolak darab...segala jenis ilmu...dan mendidik aku mengenal erti hidup. SK Sg Petani, SMKA Baling dan SMK Ibrahim. Tiada kata yang selayaknya tanda ucapan penghargaan dan terima kasih melainkan balasan yang lebih setimpal daripada Ilahi.

Ya Allah, Kau ampunkan dosa para guruku, siapa sahaja insan yang bergelar guru, yang masih hidup atau yang telah kembali pada-MU...campakkan hidayah dan taufik kepada mereka, kerana sesungguhnya mereka insan mulia menunjuk laluan cahaya kepada kami. Tempatkan kami bersama contoh Sang Murabbi, kekasih-MU baginda Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti. Amin


Inteam: Guruku

8 comments:

  1. uiii.. kalau budak tu maki aku silap besaq tu.. aku bukan jenis sabaq sgt mcm hang.. haha.. tahniah la bleh control sabaq..

    selamat hari guru!

    ReplyDelete
  2. TQ bro...aku jenis tak sabaq jgk.haha...nak bantai tak sampai hati pulak...pedulikan saja la

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Azhan,
    waahhh budak cam ner yg maki cikgu ni? Tapi selalunya yg kena ni cikgu yg nampak muda!

    ReplyDelete
  4. wah..
    tabahnye kena caci..
    saye mmg x bp saba la..
    sbb tu x leh jd pendidik kot..
    hihi
    selamat hari guru ye..
    =D

    ReplyDelete
  5. akak memang tak boleh la jadi cikgu..
    memang boleh bergaduh besar dengan anak murid.ajar anak sendiri pun suami kadang2 dah jeling..hahaahh..

    selamat hari guru..

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Guru (terlewat). Semoga tetap tabah dan cekal mengharungi kehidupan sebagai seorang pendidik. Susah memang susah, namun kejayaan anak murid itu sesungguhnya lebih dari cukup untuk mengesat letih dan lelah. Saya pernah jadi guru ganti selama 4 bulan, dan pengalaman jadi guru memang saaangat BEST!! Enjoy! =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...