Pages - Menu

24.5.12

Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya | Kuliah UAI Dipindahkan

Salam untuk semua, moga dirahmati

Sekadar ulasan seorang belia, pandangan tak semestinya tepat dan perlu diterima pembaca. Himpunan Jutaan Belia 2012 bakal berlangsung di Putrajaya menjadi satu sejarah kerana tersenarai 10 himpunan terbesar di dunia...aku melihat atur cara program sepanjang himpunan ini tak lebih kepada menjadikan Jadual HIBURAN yang padat sebagai Tarikan Utama kepada para belia untuk menghadirinya.


Aku tidak menafikan terdapat pelbagai gerai jualan, malah ratusan ke ribuan pameran yang bakal terlibat sama sebagai wadah pengetahuan kepada anak muda...imbangan ilmu/pengetahuan dan hiburan dalam Himpunan ini tidak lebih kepada meletakkan daging khinzir dan daging lembu di atas satu dulang...tetamu yang menjamunya hanya perlu memilih antara kedua pilihan...jika memilih yang "halal" sekalipun tetap kelihatan jijik kerana bercampur kedudukan dengan "sahabat" yang haram. Tetapi anda punya pilihan~


Mungkin agak keterlaluan perbandingan tapi itu kisahnya pada edisi tahun lepas...pergaulan bebas berlainan jantina usah dibilang, tidak kurang melalak hiburnya sama kuat dengan azan yang sedang berkumandang...solat...? (maklumat daripada sahabat2 yang menghadiri)...aku secara kebetulan ke Putrajaya atas urusan keluarga pada 23hb Mei baru ni melalui laluan Himpunan di Putrajaya...kali pertama, aku kelihatan terlalu "jakun" dengan suasananya. Sepanjang laluan tak kurang 3-4 pentas menyajikan hiburan, yang menarik...peminat boleh memilihnya...."daging mana lebih enak rasanya"?

Jumud! Menolak mentah2 hiburan...kuno, ketinggalan zaman...haha.itu nada sindiran pejuang "kemodenan". Hiburan adalah fitrah insan, mustahil manusia mampu hidup kosong dengan hiburan, bezanya adalah "tafsiran hiburan". Apabila keterlaluan, naif dengan mesej dan objektif sebenar himpunan...pentas2 ini menjadi parasit kepada kerosakan sebenar anak muda.

Kuliah Agama Ganti Konsert K-Pop!

Mohon maaf, saya ada soalan...apa hukum dalam suatu tempat penuh dengan hiburan melalaikan, malah untuk mengelakkan "gangguan" sanggup membatalkan juga program agama? Mana yang haram dan halal...Siapa sebenarnya membenci golongan agama? soalan untuk Ulama Muda dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Anda punya pilihan, apakah anda mampu menghadam hidangan & menikmati penuh selera makanan yang halal bersama sajian yang menjijikkan?
Hilal Asyraf:
Kita garang menghalau Irsyad Manji keluar dari negara, dan meninggikan suara menyatakan betapa dia adalah ancaman kepada Aqidah ummat di negara kita. Tetapi bagaimanakah pula program ini?

Kita pantas berfatwa mengharamkan perhimpunan yang hendak menuntut keadilan, maka di manakah fatwa untuk program sebegini?

Kita kata, demonstrasi dan debat bukan budaya kita,
maka program begini BUDAYA SIAPA?

8 comments:

  1. erm....
    nice entry..
    byk keburukan dr kebaikan hmpunan belia ni..

    ReplyDelete
  2. pengisian program tidak penting...matlamat ingin meramaikan...konon himpunan paling berjaya abad ini...

    ReplyDelete
  3. assalam, apa saje program yg dianjurkan pihak berkuasa mesti tak boleh lepas acara hiburan merapu....

    ReplyDelete
  4. Mencari di mana letaknya entiti sebuah negara yang dicanang-canang ke seluruh dunia sebagai sebuah negara Islam. 'Mereka' menuduh golongan yang menyeru ke arah kebaikan, amar ma'ruf nahi mungkar sebagai sesat dan jumud, manakala 'mereka' yang menganjurkan program-program hiburan yang melalaikan serta terpesong jauh dari ajaran Islam ini dianggap sebagai paling baik, paling jujur, bersemangat jihad dan mahu memelihara akidah ummah. =SIGH=

    ReplyDelete
  5. Menggembar-gemburkan konon negara Islam tapi hakikatnya mana ada negara Islam depan mata sana-sini terpampang arak-judi-hiburan-social tanpa batasan dihidang.

    Melihat yg berserban/tudung labuh di majlis ini kakak rasa pasti ramai mata terkejut tapi kalau yg dtg dgn terkinja/baju terpampang artis pujaan itulah yg gah dan dipuja..

    Sedarlah adik-adik. Bacalah N3 ini. Cari yg ilmiah. Dunia ini tak lama mana sayang... Buat pilihan yg tepat. Ini gula-gula politik sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. tu la pasal...
    aku dari iklan dia dkt tv lagi aku dah tak berkenan
    :)

    ReplyDelete
  7. perhimpunan belia nampak buruk jika kita lihat cara yg buruk dan ianya nampak positif sekiranya ia dilihat secara positif namun perhimpunan bersih 3 amat buruk dan tidak boleh dilihat walaupun untuk dipositifkan sbb hukumnya haram kerana ianya jelas bertentangan dengan cara hidup islam.

    ReplyDelete
  8. Yang penting kita perlu kuatkan iman untuk menghadapi semua ini. Kita tidakkan jumpa zaman yang sama semasa zaman kegemilangan islam

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...