Pages - Menu

26.5.12

Himpunan Jutaan Belia 2012 | Himpunan Lucah Negara?


Salam untuk semua,

Malam ni kemuncak Himpunan Jutaan Belia 2012, hamburan pujian dan sokongan bertubi2 disiarkan dalam media...secara jelas aku sendiri tidak memahami apa pujian selayaknya diberikan...lepas tgk gambar2 yang disiar maka tuntasnya adalah kebencian aku kepada kerajaan makin meluap2. Aku bukanlah ahli mana2 parti politik malah tidak bergiat cergas dalam mana2 NGO, hanya seorang muslim dan seorang belia statusnya biasa2...


Mohon maaf blog aku menyiarkan gambar2 lucah seumpama ini....dalam kerendahan hati umat Islam sedunia menyambut salah satu bulan mulia, iaitu Rejab...kita di Malaysia gah dengan sambutannya "Bulan Rejab" di Putrajaya...hebat benar sambutan yang kerajaan sajikan buat rakyatnya. Sudah tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan bulan yang baik...ditayangkan dengan artis2 yang tidak sempurna "manusia"nya...



PTPTN, Biar Mahasiswa Tanggung Sedikit Beban

Aku bersyukur sebab terima elaun semasa belajar dulu...kasihan dengan sahabat2 yang masih menunggu melangsaikan hutang tersebut...majoriti mereka adalah dalam kalangan orang2 susah. Tak apa, biar mahasiswa yang tanggung beban, jangan kerajaan yang terpaksa tanggung...lebih baik kerajaan tanggung beban konsert untuk anak muda daripada berikan pendidikan yang percuma untuk belia.


Pandang Ke Timur

Jemput para artis dari Korea dan Jepun mungkin salah satu Dasar Pandang ke Timur yang hebat suatu masa lalu. Kita tak boleh ikut budaya barat...ikut budaya timur ok! Aku merasakan kenyataan hidup dengan budaya timur pada era "kebaratan" sudah tidak realistik dan tidak releven...Dasar Islam dalam kehidupan~

1 Malaysia...tanda keharmonian dan kesejahteraan negara. Istilah "Harmoni" dan "Sejahtera" yang difahami sebahagian cerdik pandai di Malaysia. Simpati dengan nasib belia2 negara...juga para sahabat aku diluar sana...sampai bila?

8 comments:

  1. belia x memerlukan hiburan seumpama ni...
    erm..
    kita kene ubah perkara seperti ini...

    ReplyDelete
  2. Belia belia UM NO memang begitu. No hiburan...no pulus...no bodek...no pompuan...no makan percuma and lain lain yang no tu....bukan UM NO lah namanya. Kesian bangsa melayu didikan UMNO. Haram jadah!! Phuuiii!!

    ReplyDelete
  3. sama2 doakan yang terbaik buat umat Islam. tapi betulkan diri sendiri dahulu itu yg lebih baik.

    ReplyDelete
  4. himpunan sejuta belia pun terpaksa buat macam macam program, tumpang menumpang, dan berbagai program dan acara telah diadakan dalam satu masa dan satu tempat untuk beberapa hari, ini taktik 'counter' saja. Taktik hiburan pun agak lapuk cuma hangat dengan artis luar. kalau ada konsert Kira datang untuk tengok konsert saja ...., berapa agak agak kos semua ini?

    ReplyDelete
  5. assalam, program lalai dan maksiat yg disajikan kpd para belia yg bakal mencorak masa depan negara....apa lah yg nak jadi?

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Pemimpin yang dihasilkan oleh undian orang yang tak faham agama, begitulah jadinya...

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah...Imam Muda pun dah tegur pasal benda ni

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...