Pages - Menu

11.4.12

Amaran Tsunami Acheh, Gegaran Di Malaysia | Doa Tolak Bencana


Salam untuk semua, moga dirahmati Allah

Hati aku tiba2 bergetar...mungkin cemas, risau memikirkan apa yang bakal menimpa kita semua....petang tadi seleruh negara gempar berlakunya gegaran di beberapa tempat terutama sekitar semenanjung Malaysia. Selepas selesai aku solat Asar, keluar saja dari surau kelihatan ramai orang telah berada di luar...kecoh seketika bahawa bangunan flat sekitar bergegar...aku tak dak pula rasa apa2...mungkin kepala macam2 pening sikit saja.

Aku difahamkan pihak berkuasa telah ramai bergegas sekitar pantai barat semenanjung Malaysia...kepada sahabat2 yang tinggal berdekatan pantai....seperti Pulau Pinang, diingatkan berwaspada...bertindak lebih awal daripada sebarang kemungkinan...

Teruskan berdoa kepada Allah, mudah2an tanah air kita selamat daripada bencana Tsunami...Ya Allah ampunkan dosa2 kami, dosa2 yang dilakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja...jangan Kau hukumkan kami atas kelalaian dan kelekaan kami sendiri...Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri....
Alert! Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11 pm dan Port Dickson pada 2.10 am

"Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.

Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012) pukul 15.39 WIB.

Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura.
Sekitar air persisiran pantai Patong Thailand sudah mula berkurangan..

kecemasan... lari ke tempat tinggi!

Ribuan telah panik di Queensbay Mall, Penang
akibat gegaran & tsunami yg dijangka akan berlaku
beberapa jam lagi..
 Air di pantai Phuket sedang ditarik. Airport pun dah ditutup.

 
Port Dickson...pantai surut...tetapi masih ada yang berkeliaran~


FB Zack Rahim (Pengurus Safee Sali)

Jika ikut berita, gempa pertama jam 3.28 wib, pada kadar 8.5 ritcher, belumpun suasana panik di Banda Acheh dan seluruh Sumatera reda, gempa kedua pula menuyusul pada jam 5.43pm wib pd kadar 8.8 ritcher. Jika berdasar kepada laporan2 ini, pastinya Tsunami lebih buruk dari 2004 akan melanda, nauzubillah! Ditambah lagi dgn epicentere berlakunya gempa ini lebih dekat dgn Pulau Sumatera jika bandingkan pd 2004. Doa2 utk Sumatera sudah mula bergema di twitter, FB dan dimana2. Malahan di Acheh, masjid2 sudah mula bergema doa di corong2nya. Susana panik dimana2 dgn semua selamatan diri. Sebuah mahkamah di Acheh terus hentikan prosidingnya, hakim terus lari. Jalanraya kelam kabut. YA ALLAH SELAMATKAN SUMATERA DAN KAWASAN2 YG BERHAMPIRANNYA.

4 comments:

  1. moga2 tiada apa2 yg berlaku di tanah semenanjung. dan semoga umat islam di negara indonesia dan thailand selamat dari bencana

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yob Azhan,
    semoga musibah 2004 tidak berulang. Tima kasih utk doa tu!

    ReplyDelete
  3. Suasana menjadi panic sekejap.... kita sama-sama doa mudahan tiada musibah berlaku....

    kali ni nampak gegaranya agak meluas tu india sriolangka, thailand malaysia terasa gegarannya

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    nissan ad resort y10

    ReplyDelete
  4. bila ada bencana alam berlaku perkara pertama yang akak risaukan ialah budak2 kecik dan kanak2..serta merta rasa sebak.depa kan kecik lagi..kita yang tua pun tak mampu harungi nya.ni kan pulak anak2 kecil..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...