Pages - Menu

10.4.12

Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

http://4.bp.blogspot.com/-qeKz27msfPU/TphyWs5xhuI/AAAAAAAACAw/uFsC3HoAKxY/s1600/sultan+kedah+dan+sultan+kelantan.jpg

Alhamdulillah, bagi rakyat negeri Kedah Daul Aman pasti berbangga apabila Sultan Negeri Kedah ditabalkan secara rasmi dalam majlis Istiadat pertabalan yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta. Tuanku Abdul Halim, 84, di dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Okt lalu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Biodata Ringkas Tuanku Sultan

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959. 

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah. 

Aku terkenang suatu tragedi yang menimpa Tuanku Sultan semasa perlawanan bola sepak apabila Tuanku terpaksa dikejarkan ke hospital kerana berjalan kaki berkilometer ke stadium akibat kesesakan lalu lintas...semangat Hijau Kuning!!! Daulat Tuanku...Allahuakbar!

2 comments:

  1. asalam, semoga Islam terus berkembang di bawah payung Baginda..InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Sistem beraja dicintai masih
    Istana Negara Agong berada
    Daulat Tuanku menjunjung kasih
    Raja dan rakyat berpisah tiada
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    nissan ad resort y10

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...