Pages - Menu

19.11.11

Harimau Malaya Layak Ke Peringkat Akhir Sukan SEA 2011 | Fakri Wira Negara!

Salam untuk semua, moga dirahmati

Perlawanan semi-final yang mendebarkan…di minit ke 85 pasukan negara baru berjaya menjaring gol kemenangan hasil tindakan bijak Fakri Shaarani yang meloloskan diri di sudut kanan gawang gol. Fakri juga menjadi nadi penting pada 2 tahun lalu apabila menjaringkan gol kemenangan negara semasa bertemu Thailand pada peringkat yang sama!

Komen aku secara peribadi tentang Fakri, pemain yang keras terhadap lawan, tidak jemu berlari mencari bola, dan larian kencang yang konsisten. Kadang2 penyudah di hadapan gol menjadi punca Fakri dikritik penyokong…tetapi gol2 itu datang di saat2 penting seumpama ni…menakjubkan~

Tahniah Fakri! Izzaq Farris selaku penyerang utama Harimau Muda memerlukan sesuatu untuk meningkatkan lariannya dan ketangkasan dengan pihak lawan…agak lemah aku tengok Izzaq ni, tetapi ada fizikal yang baik kerana susk tubuh yang tinggi. Teruskan berusaha anak2 muda negara, masa masih panjang dan peluang masih terbuka untuk anda membina karier bola sepak yang gemilang!

9 comments:

  1. tahniah Malaysia!! harap final nnt main belah mlm yaaa kalo main mcm waktu td harapan la nak tgkkkk

    ReplyDelete
  2. congrats malaysia..
    byk yg perlu d tgktkn..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Malaysia. Ramalan saya - Malaysia menentang Vietnam di final.

    ReplyDelete
  4. sekali lagi bertemu indonesia. jika kelemahan2 sebelum ni diperbaiki, malaysia mampu untuk mendominasi perlawanan dan seterusnya muncul sebagai juara..TANAH TUMPAH DARAHKU

    ReplyDelete
  5. Pastikan Indonesia sujud di kaki Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno!!

    Panas..Perlukah Aksi Berahi Aaron Aziz dan Jasmin Hamid?

    ReplyDelete
  6. memang mendebarkan.... tak menyangka mara lagi lepasni....

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    honda civik 1.6 vs mitsubishi evo 6

    ReplyDelete
  7. pemain msia dh semakin maju ke depan
    hoooyeaahhh!

    ReplyDelete
  8. Yupppp mungkin ramai yang jangka kita mara lagi seterusnya.... hasilnya kita mara lagiii... tahniah

    Sesat dihutan tiada ikhtiar
    Seorang diri dibelenggu kesunyian
    Bangga sungguh Baddrol Bakhtiar
    Menyumbat Gol Tanda kemenangan

    Lawan Musuh Sentiasa Waspada
    Kekuatan diri janganlah lupa
    Tahniah pada Harimau Muda
    Menunduk Lawan Garuda Muda

    burung punguk diatas para
    mengurat pasangan sama baya
    Ong Kim Swee jurulatih Negara
    Panjang akalnya banyak helahnya

    Anak kera Pokok dipanjat
    Naik atas sipokok manggis
    Ada tergamam ada terperanjat
    Ada bergembira ada menangis

    Bapak ayam tiada Paruh
    Dipelihara oleh Wak Dol
    Jantung bagai nak luruh
    Melihat bola masuk gol
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    teknik penyaduran chrome electro

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...