Pages - Menu

19.11.11

Perlawanan Akhir Sukan SEA 2011 Malaysia vs Indonesia

Malaysia vs Indonesia
21 November 2011 (Isnin)
Stadium Gelora Bung Karno

Jam 8 malam live RTM 1, TV3 dan Astro Arena 801

Salam untuk semua, moga dirahmati

Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 akan menemukan dua gergasi Asia Tenggara, Indonesia vs Malaysia. Aku menjangkakan Vietnam akan layak tetapi tuan rumah lebih bertenaga menudukkan pasukan Vietnam pada semi-final. Macam biasa…bertemu kembali buku dan ruas…pantang berjumpa ada saja cerita. Terutama penyokong Indonesia yang over…over…fanatik…ada saja usaha sabotaj dan provokasi yang cuba diwujudkan mereka.

Tapi aku harap pemain negara sudah biasa dengan keadaan dan tekanan seumpama itu. Sudah biasa menaiki kereta perisai ke stadium….Perlawanan akhir, tekanan mungkin lebih dirasai oleh Indonesia selaku tuan rumah yang terdesak untuk menang, disamping imej mereka pernah tercalar teruk dibaham pada Piala Suzuki AFF tahun 2010 lepas. Lebih tepat misi balas dendam untuk gama final nanti…! Aku jangkakan Harimau Malaya mampu menjaringkan 3 gol tanpa balas (Izzaq Hatrik)…haha.apa pandangan anda??

22hb ni muka depan akhbar, gambar Safee diganti Izzaq Fariss….hehe. Berusahalah Izzaq menutup mulut pengkritik..!!! Terus mendoakan kejayaan mereka…Harimau Malaya meneruskan legasi kegemilangan bola sepak, Tahniah anak2 muda negara!

17 comments:

  1. SEORANG KAWAN CINA BERKATA 'KASI HANTAM SAMA LIA OLANG' ! KAHKAHKAH SELAMAT BERJAYA PASUKAN SEPAKBOLA MALAYSIA !

    ReplyDelete
  2. inshaAllah..moga-moga kita menang..masing2 mengharap yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. Izzaq injured dan dia mungkin tak main masa final nanti,sangat sedih :(

    ReplyDelete
  4. apa yg best ketika ini ialah semua rakyat Malaysia cukup berbangga dgn team ini!


    syabas!

    ReplyDelete
  5. team malaysia b23 ni memang ada gaya dan ciri2 pemenang.

    ReplyDelete
  6. salam, InsyaAllah juara dalam genggaman....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, Harimau Malaya meneruskan kecemerlangan =)

    Tahniah!!!

    ReplyDelete
  8. Penangan bola sepak sampai kuliah perdana pun boleh ditangguh selepas tamat permainan,

    ReplyDelete
  9. izzaq ke fakri? heheh.. izzaq x main.. fakri tetap kena bahan walaupun malaysia mng smlm..

    ReplyDelete
  10. yupppp ramai orang menaruh harapan semoga pasukan kita bawa pulang emas

    dan mempertahankan kejuaraan

    Sesat dihutan tiada ikhtiar
    Seorang diri dibelenggu kesunyian
    Bangga sungguh Baddrol Bakhtiar
    Menyumbat Gol Tanda kemenangan

    Lawan Musuh Sentiasa Waspada
    Kekuatan diri janganlah lupa
    Tahniah pada Harimau Muda
    Menunduk Lawan Garuda Muda

    burung punguk diatas para
    mengurat pasangan sama baya
    Ong Kim Swee jurulatih Negara
    Panjang akalnya banyak helahnya

    Anak kera Pokok dipanjat
    Naik atas sipokok manggis
    Ada tergamam ada terperanjat
    Ada bergembira ada menangis

    Bapak ayam tiada Paruh
    Dipelihara oleh Wak Dol
    Jantung bagai nak luruh
    Melihat bola masuk gol
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    teknik penyaduran chrome electro

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...