Pages - Menu

12.7.11

Jiwa Bebas Dalam Jasad Yang Dikongkong

Layang-layang bebas terbang di udara, dalam kebebasan itu layang-layang tetap dipandu oleh tali supaya kebebasan tidak tersasar dari landasannya.

Seminggu petama aku tiba di sekolah disambut seperti Menteri oleh murid-murid. Berbunga-bunga hati dibuatnya. Sudah 2 bulan terpisah dengan mereka, sudah pasti apa yang terparut kembali pulih. Aku seperti biasa sudah mengenali rakan guru yang lain. Selama 3 bulan praktikal lepas sudah cukup mengeratkan hubungan sesama guru. Kini datang selama 1 bulan untuk melaksanakan beberapa program di sekolah.

Rutin harian guru, apabila tiada kelas dan tugasan lain, mereka akan lepak di sudut akhbar di belakang bilik guru. Meja aku hanya sekaki dari situ, sudah memadai untuk aku mendengar segala perbualan. Yang pasti 4 jenis akhbar arus perdana adalah langganan wajib di sekolah. Perkara yang menjadi kebiasaan adalah mengkritik kembali berita yang disiarkan, wujud pula perbincangan sesama mereka.

Kebiasaannya para guru sekadar gelak sindir membaca beberapa isu yang menjengkelkan. Mereka menerima dengan pelbagai sudut yang berbeza, jelas kematangan menyerap segala isu dan berita. Kadang2 kutuk mengutuk berita akhbar adalah perkara biasa. Aku jarang menyampuk melainkan beberapa kata saja. Mereka tak semudah itu diperdaya.

Mereka bukan orang politik, tetapi mereka orang terpelajar. Memandang sesuatu dengan fakta dan ilmu. Menasihati dan mengkritik tidak bermakna membenci malah memuji tinggi melangit juga tidak bererti menyokong. Suatu ketika mereka sudah merasakan mampu mengongkong setiap jasad yang dibawah demi mengikuti segala tunjuk laku, tetapi mereka tetap tidak mampu untuk mengongkong jiwa dan akal daripada berfikir itu dan ini...

11 comments:

  1. kdg2 melalui kritikan & kutukan juga bleh menaikkan semangat kita...kalau slalu kena puji pun tak best gak t sombong tak menempat plak

    ReplyDelete
  2. ada mata utk melihat

    ada akal utk brfikir

    gunalah mata hati utk ksmuanya

    smoga dipermudhkan =)

    ReplyDelete
  3. gunakan akal fikiran yg ada tuk berfikir segala buruk baik..
    jgn mudah membuat kesimpulan...
    =D

    ReplyDelete
  4. Manusia sudah pandai menilai. Ayuh pertingkatkan momentom dakwah!

    ReplyDelete
  5. boley suarakan pendapat masing2 tapi jgn simpan di dlm hati..

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..
    baca dan berfikir..
    itu patutnya lumrah guru yang berilmu..
    syukurlah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Kita punya akal kurniaan Allah, boleh memilih yang mana benar dan yang mana bathil..

    ReplyDelete
  8. yups
    betul2
    bukan semua berita tu boleh percaya
    dan tak semua juga palsu
    kena pandai berfikir
    jgn terlampau percaya dan jangan terlampau menolak
    :-)

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

    ReplyDelete
  9. salam,

    bakal pendidik yer...slmt maju jaya sy ucapkan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...