Pages - Menu

3.6.11

Perbahasan Puasa Bulan Rejab | Amalan Doa Bulan Rejab

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas] 




Salam untuk semua, moga dirahmati di Bulan Rejab yang mulia =)

Hari ni hari pertama Bulan Rejab, korang semua puasa tak? Kalau puasa alhamdulillah, kalau belum lagi korang masih ada peluang lagi lepas ni. Dalam bulan Rejab yang mulia ni ada satu doa yang diamalkan oleh baginda nabi...cuba rujuk kat atas tu...kalau rajin hafal la ya, boleh baca dalam doa lepas solat.

Lagi satu saya nak sentuh sikit tentang timbul banyak perbezaan pendapat tentang puasa bulan Rejab. Ada pendapat mengharamkan puasa, ada yang membenarkan, ada yang kata makhruh...masing2 mempunyai hujah dan dalil yang tersendiri. 


Tetapi sebagai umat Islam yang kurang amalan ni, tak salah kalau kita berpegang kepada pendapat yang membahaskan tentang kelebihan puasa di Bulan Rejab. Korang baca sedikit pengenalan tentang perbezaan pendapat dibawah ni, panjang lebar sikit...mudah2an mendapat manafaat daripadanya.


Perbahasan Puasa Bulan Rejab, Imam Ibnu Hajar Al Haitami | Rujukan Kitab (Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah)

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab, terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rejab, atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rejab, dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya, ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadits-hadits yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:
“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rejab (yang mana) adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya.

Dan sabda Nabi saw: “Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi saw: “Sesungguhnya seafdhal-afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud as. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”.

Baca Selanjutnya di Blog Raudhah

Bacaan Tambahan: KISAH dan PERISTIWA PENTING DI BULAN REJAB 

9 comments:

  1. sama2lah kita mengejar dan mengambil berkat di bulan Rejab ini

    ReplyDelete
  2. sekejap je masa berlalu..xlama lg tiba bulan ramadhan

    ReplyDelete
  3. hans: insyaallah sahabat =)

    amalina: Jom =)

    fasihah: salam juga =)

    redza: betul tu..sekejap ja lagi...mudah2an dapat rasa bulan mulia tu.amin

    ReplyDelete
  4. bab amal ibadat ni, nak plak org amek kisah psal halal haram eh..
    bab dosa2 lain, wat bodoh ja... kan.. haishh..

    ReplyDelete
  5. ajwa: terima kasih...sama juga ya =)

    SZ: itulah..bab ibadah ni nak sgt bergaduh...bab terang2 haram ramai tak peduli...masalah....

    ReplyDelete
  6. x salah kita berpuasa tetapi ad fakta yg menyebarkan apabila kita berpuasa di bulan rejab mendapat ganjaran yg tggi.. utk lbh lanjut clik n paham sndri..

    http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/06/kelebihan-bulan-rejab.html

    http://tasekpauh.blogspot.com/2007/07/kelebihan-bulan-rejab.html

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...