Pages - Menu

3.5.11

Khas Untuk Kaum Adam, Bersediakah Anda Memimpin?


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Entri khas untuk geng2 Adam yang sentiasa sibuk dengan tanggungjawab terutama apabila dibawahnya mempunyai seribu satu jenis manusia yang perlu mendapat bimbingan dan tauladannya. Persoalan utama, peringatan jua untuk diri ini. Apakah kita sudah layak bergelar pemimpin, atau sekadar rela diri ini dipimpin saja..? Jom hayati kata2 pujangga yang mempunyai sisipan2 isi tersirat...

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
Hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya,
Apa lagi yg tidak ada di syurga????
Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa...

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri,

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki...

Tetapi kalau lelaki sendiri yg tak lurus,

Tak mungkin mampu nak meluruskan mereka,
Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus...

Luruskanlah wanita dgn cara yg ditunjuk Allah,

Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta,
Nanti mereka semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan,
Nanti mereka semakin menderita...

Jinakkan diri dgn Allah,

Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita...



”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah”. (ad – Dzariyaat : 49)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Saya tag beberapa orang geng Adam, depa ni kira otai dah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada tuan rumah ni, harap sama2 beroleh sedikit bekalan bertandang ke sini =) Geng hawa jangan kecik ati pula.hehe. Jangan lupa kasi terjah blog2 sahabat saya ni..

5 comments:

  1. Akal wanita senipis belahan rambut
    Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
    Jua hati bak kaca yang rapuh
    Kuatkanlah dengan iman yang teguh

    Tercipta wanita dari rusuk lelaki
    Bukan dari kaki untuk dialasi
    Bukan dari kepala untuk dijunjung
    Tapi dekat dibahu untuk dilindung
    Dekat jua di hati untuk dikasihi
    inilah wanita hiasan duniawi


    Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete
  2. Wanita itu adalah hiasan dunia...sebaik-baik wanita adalah yang pandai menjaga maruah dan agamanya =)

    ReplyDelete
  3. bagaimana pula dgn pemimpin yg tidak mampu memimpin dirinya sendiri? =)

    err.. blogger otai? hahaha.. hg merapu apa? aku bkn otai pon.. mandai ja wat fitnah.. baik hg pi wat sumpah laknat lekas! hehehe....

    nway, thanx...
    aku hnya blogger picisan sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. Opss macam nama saya jer tu hehehehe


    Saya dah biasa bersendirian.
    Sebab dalam kubur nanti pun kita juga akan bersendirian jugak...


    Atap genting dari tiub ubat gigi

    Penemuan Saintis Islam

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...