Pages - Menu

29.4.11

Umat Kita Semakin Jauh Dengan Warisan Nabi?

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Gempar seketika sekarang ni, kes apa nya? Kes apa lagi kalau bukan isu lucahan yang diuar2kan dalam dada akhbar sekarang. Ingat! Akhbar sekarang tidak boleh dibaca oleh budak2...pembacaan umum yang merosakkan. Dalam kes ni, entah betul atau tidak, saya sendiri tidak menyebelahi mana2 pihak tetapi saya sebagai rakyat yang bebas tetap mempunyai pendirian.

Yang menarik dan pelik apabila melihat gelagat2 para pemimpin politik yang terus menerus mencari keaiban demi kekuasaan. Dah macam budak2 da...kejap kata itu, kejap kata ni. Yang bestnya hari ada pula main sesumpah2.hehe. Bukan sesumpah tukar color badan tu, ni sumpah laknat tau, silap hari boleh dipanah petir tu. 

Nak sumpah apa bendanya Dato'...sumpah ni termaktub dalam isu suami isteri sahaja. Sumpah Li'an namanya. Dalam kes Qazaf mana ada sumpah2. Kepada sahabat yang  nak tau lebih lanjut tentang Qazaf dan Li'an boleh rujuk ustaz2 ya, nak cerita kat sini kang tersesat habis semua yang baca =)

Kronologi jenayah/masalah yang berlaku dalam masyarakat, pemimpin bawahan/atasan dan orang suruhan semuanya berpunca kerana umat kita makin jauh dengan warisan yang ditinggalkan oleh baginda nabi Rasulullah SAW. Warisan apa tu? 

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Ramai yang membaca Al Quran? Tetapi berapa yang ramai yang berusaha untuk memahami isi dan kandungan Al Quran? Ramai yang memahami ayat Al Quran tetapi berapa ramai pula umat Islam yang mengamal serta menghayati setiap ayat yang terkandung di dalam kitab suci Al Quran?  Kalau Al Quran pun masih terkial-kial lagi nak baca, hadis jauh sekali la...

Klik Ceramah Dato' Dr Harun Din membahaskan tentang isu tuduhan zina.


Nasihat ni untuk diri saya yang masih jahil dan cetek, supaya rajin2 mencari ilmu. Tidak cukup sekadar berkata Saya orang Islam, Saya cintakan Islam tetapi diri  sendiri tidak berusaha ke arah mencapai perkara tersebut. Moga Allah merahmati dan menjauhi kami daripada dosa2 terlibat dalam mengaib dan memfitnah.

7 comments:

  1. MASALAH NYA KINI UMAT MELAYU BANYAK TOLAK ISLAM TAPI YAKIN PADA PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH,YANG MENGHALALKAN RASUAH,JUDI,SELEWENG KHAZANAH NEGARA DAN SALAHGUNA KUASA BERLELUASA ! HANYA ADA DUA PILIHAN DIDUNIA INI : ISLAM ATAU SYAITAN TERMASUK NASARANI,YAHUDI ATAU MAJUSI ! PILIH ISLAM INSYALLAH !

    ReplyDelete
  2. masa kecik2 dulu mak selalu kata jangan main cakap sumpah2 suka2 hati kalau main2 nanti kene sambar petir...sampai ke tua tak berani nak ucap perkataan tu.

    La ni? main sumpah2 dalam masjid pulak...ish ish ish... :D

    ReplyDelete
  3. org jahil... mana la nk reti..
    tau nk sumpah je..
    mmg dsar sesumpah..
    kalau turun bala nnt, semua kena..
    ish.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. semoga kebenaran untuk kita akan terbongkar satu hari nanti. AMin

    ReplyDelete
  5. malu dgn gelagat org2 islam skrg...
    bygkan anak2 murid yg baru membesar dh pandai buat gurauan ttg video luncah nie.....trkedu cikgunya mendengar!!!!sapa yg perlu dipersalahkan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Para ulama mengatakan, kalau aqidah kita baik, maka akan baik dan lurus pula perilaku kita. Dan, apabila aqidah kita rosak, akan rosak pula perilaku kita.

    Jelaslah orang-orang yang suka memfitnah telah rosak aqidahnya atau dia telah mempelajari aqidah yang salah (aqidah tukang fitnah). Firman Allah Subhanahu wa Taala, "Sesungguhnya mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta." (Qs Al-Nahl 16 : 105)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...