Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Hari ni rasa bersemangat sikit, awal2 pagi dah siap2 nak pergi sekolah. Lain macam ja rasa kenapa ni? Sebenarnya saya rasa hari ni pensyarah akan datang menyelia untuk praktikal (Pensyarah ni jenis datang tak bagi tahu bila nak datang), kelas saya dah la awal pagi, kalau pergi lewat memang rasa kelam kabut semua, tak tenteram. Kalau perkara penting eloknya bersedia lebih awal, sekurang2nya kita lebih tenang dalam menjalankan perkara tersebut.
Sampai saja sekolah, terus lepak sekejap kat kantin, rembat dua biji kuih dan secawan air. Alhamdulillah sarapan pagi, perut bersedia, minda lebih terarah. Macam2 pula aku merapu ni.hehe. Jam kat tangan waktu tu, tepat 7.25 pagi...berdiri ja tercegat depan pejabat, kebetulan pejabat hari ni lewat pula buka terpaksa lah guru2 yang lain berbaris sama untuk punch card. Dari jauh tu, saya dah nampak sebuah kereta tiba2 belok masuk ikut pintu utama. Dalam hati ni "macam kenal ja kereta sapa tu?" Tenang2, relax bro...hehe. cuba kawal emosi yang tiba2 saja gementar ni.
Dah agak dah! ramalan kaji cuaca hari ni tepat, memang pensyarah datang. Fuh, pejabat tak buka lagi ni, saya nak guna LCD nak pakai ke kelas. Kelas mula 7.35 pagi. lebih kurang 5 minit lagi. Relax2, sabar menanti pejabat buka, terus saja serbu ke bilik kebal ambil LCD. Lepas saja selesai mengajar, saya duduk sekali dengan guru pembimbing dan pensyarah. Siapa yang guru pelatih akan tahu keadaan macam mana kan? Awal2 lagi saya dah pesan kat cikgu pembimbing, "pensyarah saya ni otai sikit, orang lama...dia jenis tak peduli siapa, tak peduli apa dia cakap". Saya maklum awal supaya cikgu ni tak terkejut pula.hehe.
Seperti yang dijangka, saya dan guru pembimbing mendengar sesi leterannya sehingga jam 10 lebih...sejam lebih juga syarahan perdana tu.hehe. Dalam syarahan tu, saya memang kena kaw2 punya la. macam2 dihamburkan. Saya buat relax ja la, terima lah apa yang diucapkan, nak membantah nanti digagalkan pula. "orang tua2, layan ja la kan". Ramai pelajar2 memang takut kalau dapat pensyarah ni, kebetulan rezeki aku murah sikit semester ni...syukur.
Terdetik juga di hati, kadang2 rasa bengang juga. Tapi saya cuba juga kawal bahasa, buat cool ja la dengar, tetap menghormati beliau sebagai seorang guru yang mencurahkan ilmu. Walau macam mana sekali pun dia marah, melontarkan kata2 yang menyakitkan sekali pun, beliau tetap guru yang perlu dihormati dan disanjungi. Alhamdulillah saya bersyukur kerana selama 3 bulan pratikal ni ada sesuatu yang saya peroleh. Minggu depan last week...sedih pula nak tinggalkan anak2 murid kesayangan tu. Terima Kasih puan =)
Saya tag 5 orang sahabat blog yang merupakan seorang guru, jangan lupa jenguk2 depa ni tau =)
Saya tag 5 orang sahabat blog yang merupakan seorang guru, jangan lupa jenguk2 depa ni tau =)
alhamdulillah...lps ni blh jd pendidik yg baik....
ReplyDeletekalau mina ditempat azhan..kompem blur...hehehe...layan kan aje kan...
hehe.. kalo leteran ada input ok la... sabo2...
ReplyDeletedalam setiap kesulitan pasti ada kemudahan...
ReplyDeletesmoga dipermudahkan segalanya =)
salam...nama kak tidak tag ke..sebagai pendidik...heheh..gitulah kita bila dilabel cikgu... haru biru lagi masa dlm praktikal...macam2 benda kene buat...
ReplyDeleteSalam Adik.
ReplyDeleteSemoga menjadi guru yang soleh, cemerlang dan gemilang lagi terbilang dunia dan akhirat. Menyampaikan ilmu kerana Allah swt. Take care.
cikgu ni klo boleh nak sempoi2..baru bes nk ke kelas..tapi klo yang jenis membebel tu nak wat camne..sabo je lah..huhu
ReplyDelete1st, TQSM krn tag blog akak...bangga dik weh..
ReplyDelete2nd-Tahniah cz dpt menghabiskan pratikum dgn jayanya. semoga mndpt keputusan yg cemerlang..akak tau azhan bakal mnjadi seorg guru yg cemerlang dlm mendidik anak2 ke arah dunia n akhirat...bruntungnya mendpt seorg guru muda camni...
Meh posting sk akak...he..
biasalh menghadapi org2 atasan ni w.pn trkdg hati xbegitu selesa ttp kita terpaksa akur dgn slogan "Saya Yang Menurut Perintah"...
Selamat melangkah ke dunia realiti seorg pendidik...trlalu byk ujian n dugaan menanti kita di hadapan.....
@mina: insyaallah mina =)
ReplyDelete@en mamat: input kaw2 punya.hehe
@anis; insyaAllah =)
@kak roha: amin ya rab, terima kasih doakan, moga kak pun sama ya =)
@jaya: memang sekarang ni tahap sabo dah ni.hehe
@nza: sy budak baru belajar, tak dak apa yang menarik pun kak. terima kasih kak byk nasihat sebelum2 ni =)
@fatmasha: tak de hal kak, siap tag dah tu, istimewa utk geng2 cikgu punya =)
ReplyDeleteSalam mhd, anggaplah itu perkara biasa saja, jangan ambil hati.Secara positifnya anggap itu juga sebagai satu ujian EQ.Sekiranya cool, boleh terima dan anggapkan itu sebagai satu proses pencerapan yang biasa, mhd akan jadi seorang pendidik yang hebat.Terima kasih kerana tag mcpj.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih.
...pengalaman mengajar kita.
terima kasih atas kesakitan,
terima kasih atas kesengsaraan,
terima kasih atas segalanya.
Moga Allah tabahkan hati kita.
assalamualaikum....
ReplyDeletebro,da nk abs praktikum ke?rindu beb kt skss...huhu....