Pages - Menu

27.4.11

Tips Mudah Mejana Pendapatan, Pesan Rasulullah Pada Umatnya.

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Lama dah tak menaip ni, banyak letak berita semasa ja, bukan apa tak dak idea lagi sangat nak kongsi dengan semua. Dua tiga minggu ni sibuk sangat dengan pratikal, biasala dapat pensyarah yang otai (maaf puan).hehe Dalam hidup ni, perkara apa ya yang selalu manusia selalu fikirkan? Dengan benda ni lah manusia selalu buat jahat, sanggup makan kawan sendiri, macam2 boleh jadi disebabkan DUIT. Sebab dengan duit lah banyak perkara yang boleh dibuat, sara keluarga, nafkah, beli barang keperluan, isi minyak motor, lagi apa ek...bayar bil2 dan yang banyak sekali orang besar2 buat adalah bagi rasuah sedekah =)

Yang blogger2 pun tak lepas juga, banyak ja iklan dalam blog tu...untuk apa tu.hehe.? Tak kan iklan hiasan ja kan. Semua tu kerana duit memberikan inspirasi.hehe. Tak semua  orang lah yang saya maksudkan ni, ada yang tak kisah sangat tentang pendapatan tu mugkin hobi suka berkongsi cerita lebih hebat daripada inspirasi duit tu. Ni saya ada bawa tips, macam mana nak cepat murah rezeki ni, macam ya nak dapat pendapatan banyak melalui blog? Jom hayati pesan kekasih teragung, baginda nabi Rasulullah SAW di bawah ni:-

Abu Hurairah ra berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda (ertinya): "Barangsiapa yang mahu rezekinya diluaskan dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah menyambung tali persaudaraan." [Diriwayatkan oleh Al-Bukhariy dan Muslim]

Imam Tirmidzi meriwayatkan hadits: "Sesungguhnya manfaat menyambung tali persaudaraan itu adalah menumbuhkan rasa cinta kasih di kalangan keluarga, menambah banyak harta, dan melambatkan datangnya ajal."

Boleh ka kita aplikasikan dalam blog ni? Boleh sebenarnya, rajin2 BW , rajin2 singgah komen blog2 sahabat, itu kan salah satu cara mewujudkan tali persaudaraan? Tetapi jangan kita lupa, kehidupan di alam realiti sebenarnya lebih utama, yang terputus ikatan antara adik beradik, baik2 lah semula kerana mereka juga sedarah sedaging. Yang berantakan antara rakan2, kembali ukhwah kerana mereka itu lah yang menjadi penyeri kehidupan.  

Yang lebih besar, jaga lah hubungan kita dengan ibu bapa kerana Redha Allah berganutng kepada Redha Ibu Bapa. Kembalikan pertautan ukhwah antara kita, moga hubungan yang terjalin kerana-NYA membuahkan hasil yang kekal hingga syurga =)

10 comments:

  1. betul...hehehe....kena rajin berkawan dan ramah....

    ReplyDelete
  2. silaturrahim mmg amat penting

    ReplyDelete
  3. terima kasih sobat... sebarkan salam :)

    ReplyDelete
  4. yaka org2 besar byk bg sedekah? haha.. bersangka baik.. :D

    ReplyDelete
  5. hehe,nice azhan..makin kuat blogwalking laa lepas ni..

    ReplyDelete
  6. waaahhh! betul3...

    hehehe~

    ikatkan silaturrahim.. ngeee~

    ReplyDelete
  7. terima kasih Azhan atas tips ini.

    tapi,lebih ramai sekarang ini beramah mesra dan berbudi bahasa dengan rakan taulan tapi dengan adik beradik bercakaran sebab tanah sekangkang monyet! ish ish ish...

    ReplyDelete
  8. Bagus entry ni...itula, yg penting keberkatan dalam perhubungan...ini sikit2 nak masam muka. Tak elok cmtu

    ReplyDelete
  9. kuatkan silaturrahim dgn puan

    moga baik2 smuanya =)

    ReplyDelete
  10. jaga hubungan sesama manusia & paling penting hubungan dgn Pencipta

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...