Pages - Menu

1.2.11

Revolusi Mesir: Teruskan Berdoa Untuk Keselamatan Rakyat Malaysia Di Mesir




Salam untuk semua, moga sihat dan dirahmati-Nya ('',)

Hari ni blog saya agak sesak dengan isu-isu pergolakan yang sedang berlaku di Mesir. Pertama sekali saya sangat bersimpati dengan pelajar-pelajar kita yang menerima pelbagai nasib yang tidak menentu di sana. Ada yang terputus talian, ada yang terpaksa berkurung, lebih perit bekalan makanan yang semakin  berkurang. Ya Allah...rasa sesak dada memikirkan hal ni. 

Negara-negara lain sudah bertindak awal menghantar pesawat khas membawa pulang rakyat masing-masing. Agak terkilan dapat berita Malaysia sekadar buka pusat operasi sahaja di sana. Masih terdapat ramai pelajar kita yang terkandas daripada bantuan. Ramai waris mereka di Malaysia yang merungut dengan tindakan lambat kerajaan Malaysia ni..

Isu Mesir memberikan impak yang pelbagai terhadap negara2 luar. Ada yang mengkritik dan ada yang menyokong rusuhan yang berlaku. Tidak terkecuali ada juga individu yang tidak kisah apa yang berlaku, yang penting dia tidak terganggu. Apa yang penting rejim Mubarak bakal terkubur tidak lama lagi. Adat memerintah, yang zalim pasti ditendang keluar juga akhirnya. 

Kepada sahabat2 yang sentiasa update isu ni secara langsung dan tidak langsung, kita perlu teruskan berdoa memohon kepada-NYA serta mengadakan solat hajat supaya sahabat2 kita di sana selamat serta sihat dan dapat pulang ke tanah air. Kepada para waris kepada pelajar2 Mesir dan rakyat negara yang bermatautin di sana, saya harapkan sahabat2 dapat bertenang dan bersabar atas ujian yang menimpa ni. InsyaAllah keadaan akan kembali pulih tidak lama lagi. Moga Allah memelihara anak2 dan saudara mara kita di sana ('',)

Teruskan doa dan solat hajat untuk rakyat Malaysia...Moga kalian dirahmati-NYA ('',)

10 comments:

  1. Bismillah,
    Ya Allah dengan kekuasaanMu Ya Allah berilah perlindungan dan keselamatan pada mereka yang dalam kesusahan Ya Allah,

    Mempermudahkan segala urusan mereka Ya Allah,ringankan beban yang mereka hadapi Ya Allah.

    Kepada kau Ya Allah kami berserah dan kepada kau jualah kami berlindung.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nak buat macam mana. nak marah tu memang ade. tapi tarak guna.

    da la lambat ambil tindakan. sengaja atau buat2 sengaja?? negara lain da siap bawak balik rakyat mereka da.

    tapi kita??? ramai lg masih terperangkap. Alhamdulillah..Abang saya selamat dan dibawah jagaan ketua rumah arab. still di rumah sewa kat Mansoura. Ramai lg students kat situ..

    Bukak berita je pasal banjir..15 minit pulak tu..pasal students kita?? tak de pon. macam takde liputan meluas.

    Jangan kerana kerajaan kat mesir runtuh,,kita pulak yg terkena tempias akibat protes ibu bapa..

    sekian, wassalam dr saya

    ReplyDelete
  3. kerajaan takut habis duitlah tu . menampah . moga mereka selamat dan dibwa pulang dengan tangkas.

    ReplyDelete
  4. Salam, semoga semua yg ada di sana terselamat. Dari ucapan live kat TV 6News tadi Mubaraq kata dia akan terus tinggal dan mati di Mesir, takkan turun dari jawatan Presiden tapi takkan bertanding jawatan Presiden lagi. Hmm lambat lagi revolusi ni nak tamat. Degil Pakcik ni.

    ReplyDelete
  5. @alhamdullah abg saudari telah selamat. mulianya org arab tumpangkan. tunggu bantuan kerajaan lambat jwabnya

    @aqila: duit byk, tp byk dihabiskan di tempat lain

    @moh kembara: yala kan pakcik, masalah betul presiden ni, menyusahkan semua org dah.

    ReplyDelete
  6. ya syukran..Alhamdulillah..mereka selamat. yg psl TLDM tu dijangka tiba 5 Feb...makin lambat bantuan tiba ada la. terpaksa ambik inisiatif sendiri..kebaikan org Arab ni satu je,,iaitu memuliakan tetamu

    ReplyDelete
  7. @aini: itu lah, bantuan laut lambat la sampai, negara lain semua pakai pesawat sewa khas. kagum dengan kemuliaan arab ni. moga saudara2 kita di Mesir selamat..insyaAllah

    ReplyDelete
  8. lebih trkilan bila terbit kata2 "kos membawa pelajar msia pulang tinggi....".......
    sgt2 kecewa!!!!!

    ReplyDelete
  9. @NZA:saya pun hairan kerajaan berani bergadai nyawa rakyat demi wang?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...