Pages - Menu

1.2.11

Revolusi Mesir: Israel Hantar Bantuan Senjata Kepada Husni Mubarak?


KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.

Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.

Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah. Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP {metrO}

Azhan:Seperti yang dijangkakan, Israel akan ambil "pot" juga dalam isu Mesir ni. Memang celaka betul! Tolong member baik kena anjing dengan rakyat sendiri. Mesir merupakan sekutu kuat Yahudi Laknat ni dalam membantu mencabuli segala hak rakyat Palestin sejak puluhan tahun lepas, kerana Mesir dan Gaza hanya dipisahkan dengan pintu Rafah di sempadan. 

Keadaan mungkin akan lagi tegang sekiranya masalah ini diselesaikan melalui kekerasan. Rakyat Mesir pasti tidak tunduk dengan tuntutan tersebut, Ikhwan akan terus memainkan peranan penting dalam menentang musuh utama mereka di Mesir. Kita teruskan berdoa supaya isu ini dapat selesai dengan baik dan tidak muncul fitnah2 yang memburukkan lagi keadaan. Moga Allah merahmati perjuangan menuntut keadilan.

3 comments:

  1. Nampak jelas sekarang kerajaan mesir adalah agen Israel.
    Laknat Allah bagi sesiapa saja yang menjadi pembantu Israel!!

    ReplyDelete
  2. semoga Allah melaknati mrk!!!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...