Pages - Menu

19.12.10

Info Sihat: Kebiasaan Yang Salah

Apabila melibatkan kesihatan, perkara kecil akan menjadi besar. Sedar atau tidak, perkara biasa yang dilakukan walau sekecil zarah sekalipun boleh mendatangkan masalah yang besar kepada kesihatan sekiranya tidak diambil berat.

Sarung Bantal dan Tilam Lama

Selalunya anda akan menyalahkan orang yang berada di sekeliling anda kerana menjadi punca anda dijangkiti. Tahukah anda bantal dan tilam yang digunakan untuk tidur merupakan salah satu agen penyakit yang paling dekat dengan kita. Pernahkah anda menukar bantal atau tilam yang saban tahun.  Tentu anda pernah bangun dengan mata bengkak dan kepala rasa sakit. Tahukah anda semasa tidur, anda menyedut habuk bersama-sama enzim pencernaan dan kotoran pada bantal dan tilam.  Alergen terkumpul pada bantal berpotensi mencetuskan alahan dan asma. Mencuci dan menukarkan sarung bantal serta tilam, mungkin dapat mengelakkan diri daripada dihinggapi penyakit.  Ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali.   

Menggunakan Berus Gigi Lama

Bilakah kali terakhir anda membeli berus gigi baru. Bakteria, kulat dan virus adalah sesuatu yang kita tidak boleh nampak. Sedar atau tidak mereka juga terdapat di dalam berus gigi anda. Ianya amat berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada kesihatan gigi dan mulut anda. Bakteria dikaitkan dengan penyakit periodontal dan kesihatan jantung. Ianya berkembang biak. Jangkitan kulat oral juga boleh berlaku kepada setiap penghuni rumah atau kembali menjangkiti pengguna berus gigi tersebut. Paling lama sebatang berus gigi boleh digunakan ialah sekitar tiga bulan atau empat bulan sahaja. Bagi kanak-kanak, gantikan berus gigi baru setiap dua atau tiga minggu. Kepada mereka yang menggunakan kawat gigi (braces), kesihatan gigi anda akan terjamin jika kerap menukar berus gigi.

Tidur Hujung Minggu

Apabila anda bangun pada hari biasa, anda mungkin berharap untuk tidur yang panjang pada hujung minggu. Malangnya, tubuh anda tidak berfungsi seperti itu. Tidur bukanlah suatu perkara yang boleh diganti apabila ianya telah berlalu. Tidur bukanlah perkara yang boleh anda lakukan satu jam pada hari Selasa dan menyimpannya untuk hari Sabtu. Tidur berlebihan pada hujung minggu mengubah hormon pada badan anda (melatonin dan kortisol). Hormon ini mengubah tindakbalas badan, sedangkan tindakbalas badan berlaku 24 jam sehari. Ini seperti tidur di zon waktu yang berbeza.  Anda akan mengalami keletihan kronik dan  ketidakmampuan untuk tidur pada hari berikutnya jika hujung minggu anda dihabiskan untuk tidur. Tidur perlu dilakukan dengan konsisten. Bangunlah sejam lebih awal pada hujung minggu. Hidupkan lampu atau buka langsir untuk membolehkan cahaya memberi isyarat kepada badan anda bahawa sudah waktunya untuk bangun.



Menggeliat Ketika Bangun Tidur

Menggeliat membantu mengurangkan sakit belakang dan sakit punggung. Namun sedarkah anda menggeliat boleh mendatangkan masalah jika ianya perkara pertama anda lakukan ketika bangun dari tidur. Ketika anda tidur, tulang belakang mengumpul cecair.  Menggeliat akan menambah  tekanan pada tulang belakang, menyebabkan lebih tekanan apabila anda membongkok ke depan atau ke belakang. Akibatnya anda akan berasa sakit belakang.  Apa yang boleh anda lakukan setiap pagi ialah minum air, mencuci muka dan berus gigi.  Setelah itu, lakukan peregangan sederhana dengan meletakkan tangan anda di bahagian atas punggung, kemudian bersandar, pandang ke atas dan tahan sekitar tiga saat. Ulangi tiga hingga empat kali.

Berlatih di Gym atau Berbasikal

Penggunaan basikal atau alatan di gym memberikan manfaat kardiovaskular tetapi sedikit sahaja kebaikan untuk kesihatan tulang. Latihan atau senaman sahaja tidak cukup untuk membina tulang. Anda juga perlu melakukan aktiviti seperti meloncat-loncat, berjalan, dan berlari. Latihan menggunakan mesin sahaja hanya memberikan ketegangan pada otot, tapi itu tidak cukup untuk menguatkan tulang. Tambah rutin senaman anda dengan berjalan atau berlari. Anda juga boleh mencuba aktiviti mudah ini dengan menaikkan bola kaki anda (dengan atau tanpa kasut) dan jatuhkan ke tumit. Lakukan berulang sebanyak 10 kali satu sesi sepanjang hari.

Menunda Buang Air

Menahan buang air kecil boleh menyebabkan pundi kencing menegang. Akibatnya kandungan air kencing anda akan kotor dan pundi kencing tidak kosong sepenuhnya walaupun ketika anda sudah buang air kecil. Hal ini boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing. Ianya juga akan membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk mengosongkan pundi kencing semasa membuang air kecil. Elakkan menahan buang air kecil. Jika buang air kecil sering menjadi masalah, berjumpalah dengan doktor anda. Makanan dan minuman seperti kafein, alkohol, makanan pedas, minuman berkarbonat, coklat, dan teh perlu dikurangkan kerana ianya mengganggu sistem pundi kencing anda.

Menggunakan Bahu Atau Tangan Yang Sama Setiap Hari

Beban yang tidak seimbang dari masa ke masa boleh menyumbang kepada masalah otot dan rasa sakit dari bahu, leher dan lengan. Beg yang berat boleh memburukkan rasa sakit pada lengan disebabkan oleh gerakan ketika membawanya. Galas atau guna bahu dan / atau tangan berselang seli sepanjang hari dapat mengelakkan anda daripada merasa sakit pada bahu, leher dan lengan.

Penggunaan Kasut Tumit Tinggi

Menggunakan kasut tumit tinggi mungkin menarik untuk dipandang, tetapi sedarkah anda ia boleh menimbulkan masalah jangka panjang. Berjalan menggunakan kasut tumit tinggi selama satu jam boleh memendekkan tendon urat keting. Ketika anda menanggalkan kasut tersebut, sama ada sedar atau tidak, tulang tumit juga ‘ditarik’ bersama. Berjalan sepanjang hari menyebabkan keadaan yang menyakitkan akibat keradangan sepanjang bahagian bawah kaki. Menambah masalah, kandungan lemak kaki berkurangan secara semulajadi sejajar dengan usia, dan berjalan menggunakan kasut hak tinggi hanya memburukkan situasi. Anda disarankan menggunakan kasut tumit tinggi untuk waktu-waktu tertentu sahaja dan menggunakan kasut tumit rendah lebih kerap. Berjalan tanpa alas kaki mengikut kesesuaian masa dan tempat juga dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian bawah kaki.

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...