Salam untuk semua, moga sihat2 dan dirahmati ('',)
Alhamdulillah, saya baru sempat nak tulis2 sikit, sebelum ni hanya sempat buka n jenguk2 blog sekejap sahaja memandangkan masa banyak dihabiskan di kampung, sibuk dengan urusan kenduri, alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan meriah dengan kehadiran tetamu.
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan tahniah untuk skuad kebangsaan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala AFF 2010. Hari game tu, saudara mara saya siap rancang awal nak lepak ramai2 kat kampung layan bola dulu sebelum balik ke rumah masing2. Penangan bola juga terasa hingga ke kampung saya, pak cik dan mak cik ada kalanya tidak kekok lagi sembang2 tentang bola sepak Malaysia. Menarik kan, jarang2 orang kita sembang tentang bola sepak tempatan Semua ni kerana persembahan yang mantap ditunjukkan skuad negara. Susah juga nak dengar perbualan ni, selalunya politik lah jadi isu. Dah macam sidang parlimen.hehe. Adoi, lahir dalam family politiking..
Saya lebih tertarik dengan perlawanan pusingan pertama di Bukit Jalil berbanding semalam. Perlawanan semalam skuad negara banyak bertahan dan tidak banyak mencipta peluang untuk bahagian serangan. Apa pun, pujian harus diberikan kerana bukan sahaja kerana peningkatan dan mutu persembahan yang dipamerkan malahan bola sepak negara kembali menjadi bualan masyarakat. Hari game tu, mak saya juga sempat tanya, nak tengok bola kat mana malam ni? Persoalan yang pelik, jaranglah mak nak tanya macam tu kat saya.hehe.
Kalau dulu kita gah dengan bola, setaraf dengan Jepun dan Korea. Ramai lagenda bola sepak pernah menggegar pentas Asia. Mungkin ni peluang keemasan, untuk kita mengembalikan era kegemilangan bola sepak negara. Beberapa aspek harus diberikan perhatian dari awal, jauhilah kroni dan politik dalam sukan, tidak ke mana kalau terlalu banyak campur tangan orang2 yang jahil ttg sukan dok sibuk2, hanya sekadar mencari habuan diri semata2. Lahirkan lebih banyak bakat2 muda sejak peringkat sekolah melalui sistem2 yang mantap dan belajar daripada kelab luar yang telah berjaya melahirkan pemain2 hebat dunia.
Aish, dah macam pengkritik sukan pula.hehe. Bukan apa, sangat mengharapkan bola sepak tempatan gemilang. Saya menyampah juga, kadang2 tengok member2 yang gila2 bola ni, tanya saja bola tempatan tak tau apa, yang tau EPL, La Liga, Budesliga, dll. Tak salah amek tau liga2 luar, tapi sekurang2nya kena tau juga perkembangan tempatan, siapa lagi kalau bukan kita yang membantu mengembalikan mutu sukan terutama bola sepak. Saya ni fanatik juga liga luar, sejak dulu sokong Barca do..hehe. Tapi liga tempatan tak ketinggalan, biasa lah anak jati Negeri Jelapang Padi. Bangga la pulak.hehe. Jangan marah ('',)
Apa pun, tahniah dan selamat maju jaya untuk skuad kebangsaan. Kredit untuk penjaga gol dan petahanan yang sangat mantap.! Maju sukan untuk negara.hehe.
Politik?
Semalam, PM lepak atas jalan kat BB tengok Bola! nasib saya tak dak kat KL tengah bercuti, tidak mesti dok sebelah mamat ni dah.hehe. Aish. macam tak dak keja lain PM dok mai layan bola kat BB. Dekat2 Pilihan Raya kot...salah satu program dekati anak muda...hehe. Jangan terpengaruh semua ni yop...
Ahmadinejad, tepi jalan sempat tunaikan solat. Berbeza...
Ahmadinejad main bola, gaya sepakan yang mantap. Pakai seluar tutup aurat lagi. Contoh terbaik! (Ingatan: saya bukan syiah.hehe. Saya sunni)
sebab Malaysia dah mula menunjukkan mutu permainan yang bagus. sebagai contoh, dalam piala suzuki baru2 ni, semua pemain adalah ori tempatan, tak ada 'sewa2'.
ReplyDeletetahniah Malaysia!
tahniah Malaysian!
=)
Wo hoo gembira Malaysia melangkah ke final piala AFC Suzuki. Harapan memang tinggi supaya dikembalikan belang yang lama telah luntur dari skuad Harimau Malaya
ReplyDelete@puterI: semngat dia.hehe. ya, semua ori punya, walau lain color.hehe
ReplyDelete@akubiorned: kita tunggu final, risau jg hari tu kena ganyang 5-1 dgn indon ni
harap2 menang la masa lawan indon kt final nnt..
ReplyDelete