Pages - Menu

3.12.10

Tazkirah: DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG


Salam untuk semua, moga sihat dan dirahmati ('',)

Alhamdulillah kerana baru hari ini saya sempat untuk membalas kujungan sahabat2, terima kasih semua. Saya nak kongsikan dengan semua, dan memperingati diri sendiri juga yang masih lemah ni tentang dosa-dosa dan balasan meninggalkan solat. Saya percaya diluar sana masih ramai umat Islam terutamanya remaja2 yang masih lalai, sambil lewa dengan ibadah yang fardhu ni. Selagi masih ada waktu hidup ni, jom tekad mulakan perubahan yang lebih baik. Mari sama2 mengambil iktibar dari peringatan di bawah, moga semua diberi hidayah dan petunjuk, serta dirahmati-Nya ('',)
Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud : 

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang". 

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah : 

Sabda Nabi s.a.w. : 

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara .. 



  • enam perkara di atas dunia







  • tiga perkara sewaktu hendak mati







  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur







  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan  
    Enam perkara seksaan di atas dunia







  • Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya







  • Dikurangkan rezeki di dalam usahanya







  • Tiada dipelihara baginya agama Islam







  • Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya







  • Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.







  • Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya  
    Tiga perkara sewaktu hendak mati
    1. Dimatikan dalam kehinaan
    2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
    3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
    Tiga perkara sewaktu dalam kubur
    1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat. 
    2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
    3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"  Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
  • 4 comments:

    1. takutnya azab ALLAH..tima kasih sbb mengingatkan tora..

      ReplyDelete
    2. byg kan bape byk dalam sehari kite skip solat.. rase nye biler dah mati nnt bape lame agak nye mase yg kite perlu kan utk habis sume seksaan neraka

      herm tak kire rase nye

      ReplyDelete
    3. @tora n mizi, sama2 menginagtkan diri, moga jika ada solat2 yang tertinggal lepas diqhadakan dan bertaubat, Allah penerima taubat ('',) moga dirahmati

      ReplyDelete
    4. Insaf...



      http://miecyber.blogspot.com/2010/12/korea-selatan-ancam-serang-korea-utara.html

      ReplyDelete

    Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...