The China Post melaporkan bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Pendidikan Seks untuk kanak-kanak semuda umur enam tahun dengan alasan untuk mengurangkan aktiviti pembuangan bayi bermula tahun hadapan.
Pelik tapi benar, kanak-kanak di usia muda lagi akan diberikan pendedahan tentang seks. Adakah perlaksanaan ini akan mengelakkan gejala seks, atau mewujudkan budaya seks selamat? (Seks tanpa mengandung).
Perkara pokok yang harus ditekankan ialah menegah zina bukan mendedahkan bagaimana melakukan zina. Tahniah kerana membantu Yahudi di dalam memberikan pendedahan seks kepada kanak-kanak!
Selama ini yahudi bersusah payah menyelitkan elemen seks di dalam kartun-kartun, seperti adengan kain snow white terselak, putera raja mencium mulut gadis pujaannya, dan sebagainya untuk menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap seks.
Seterusnya yahudi menghidangkan hiburan seks kepada remaja bagi merosakkan minda remaja Islam. Inilah cara yahudi menyusup di dalam minda umat Islam hari ini tanpa disedari.
Namun hari ini, kerajaan Malaysia nampaknya membantu Yahudi menyebarkan agenda mereka kepada umat Islam!
Berikut petikan dari Berita Harian
“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.
apa la nk jdi...ajar la jawi ke..berlambak orang skrng buta jawa..x sesuai bt pendidikan seks..
ReplyDeletepemimpin nak ramai perogol bersiri dilahirkan kot..
ReplyDeletesapa jadi cikgu nnti mungkin wujud major pendidikan seks..huhu
setuju dengan fromjarn,bahasa jawi pun dah nak pupus sekarang sepatutnya bahasa jawi(bahasa asas nak belajar al-qur'an)yang diutamakan dari ajar pendidikan seks pada budak kecik.
ReplyDeletesaya tak tahu pendidikan macammana yang nak diajar pada budak kecik yang belum akhil baligh tu.
@ijok ramai buta jawi kerana menteri BN juga yang hapuskannya. dah arwah mlas nak sebut..
ReplyDeletePendidikan Agama yang perlu dipertingkatkan didahulukan, untuk semua peringkat, kembali pada yang sewajarnya..., yang berumur seperti saya juga masih belajar. Susah bila yang berupaya menafikan khudrat, yang berkuasa mengingkari yang empunya Dunia,
ReplyDeletebudak 7 tahun tahu ape
ReplyDeleters lg nk mcuba adela
klo bdk skolah mnengah ok la
blh jgk pikir sendiri
punah lah budak kalau dah bagi pendidikan seks awal2.
ReplyDeletepatut nya, pendidikan agama yang harus dimantapkan dan ditingkatkan.
tak mahu islam pilih sekular juga
ReplyDeletepengawas peperiksaan rasis kebal
@cik maira n new hope moga Allah lingungi ank2 kita dari gejala yang tidak sihat
ReplyDelete