Pages - Menu

26.11.10

Tazkirah: Azab Neraka Wanita Bertudung Bonggol Unta?



Salam untuk semua, syukur atas segala nikmat-Nya ('',) 

Sedikit perkongsian, sejak beberapa tahun ni, saya lihat trend wanita yang pelbagai ragam dengan pakaian yang sentiasa bertukar fesyen yang tidak bertepatan dengan syariat. Yang paling popular sekarang ialah trend wanita bertudung seperti bonggol unta. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang terasa, tetapi ini hakikatnya, tanda-tanda akhir zaman semakin banyak muncul, dalam keadaan kita tidak sedar sebenarnya para isteri dan anak-anak gadis kita berpakaian dalam keadaan sedikit tersimpang daripada garis panduan Islam. 

Demi kesejahteraan daripada segala bentuk bencana yang semakin menjadi2 terhadap anak gadis, mari kita mulakan perubahan ke arah yang lebih baik terutama soal pemakaian. Akhir zaman mendesak kita supaya lebih kuat menghadapi segala mehna dan pancaroba. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah pada semua. Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh. Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh) 

Saya akhiri dengan sepotong hadis nabi:
Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.

Moga Allah merahmati para ibu dan para gadis serta melindungi kalian daripada segala fitnah dan bencana akhir zaman. Wallahu'alam. 

5 comments:

  1. Mohon copy Azhan ! Kena banyakkan cerita mcm ni..Ramai wanita hari ini bertudung begini..Akak sedang mencari 1 artikel yang mana tudung yg wanita hari ini pakai merupai "sister" di gereja2...

    ReplyDelete
  2. salam mohamadazhan,
    tudung hanya sekadar fesyen, bukan kerana perintah Allah. Abah tengok trend anak-anak remaja lelaki pun ke arah berseluar pendek pulak...

    ReplyDelete
  3. salam kak leha, lama xmai jenguk blog sy no.hehe. silakan kak copy. moga dirahmati dan bermanafaat pada semua

    ReplyDelete
  4. @abahaman, menyedihkan sebenarnya tgk umat islam yang mudah diserang secara zahir dengan mudah. Dalam diam terhakis sedikit sebanyak nilai kewanitaan...moga Allah memberikan petunjuk

    ReplyDelete
  5. jazakallah~ semoga allah merahmati anda. saya mohon untuk share~

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...