Pages - Menu

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

14.5.11

Membentuk Keperibadian Insani

 Kewajipan asas keperibadian diri

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Rasulullah merupakan contoh terbaik akhlak mulia yang perlu dicontohi oleh sekalian umat. Baginda merupakan insan yang terbaik untuk diri sendiri, isteri, anak2, keluarga dan para sahabatnya. Di bawah ni saya nak kongsikan beberapa keperibadian yang boleh dibentuk dalam diri masing2. Dalam menjadi terbaik memerlukan ilmu dan praktis =)

1. Jujur
  • Orang yang ini selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutarbelit fakta. 
  • Prinsipnya “Ya diatas Ya dan Tidak di atas Tidak”. 
  • lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. 
  • Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang merugikan diri sendiri.

2. Rendah diri 
  • Orang yang kuat jiwanya bersikap rendah hati. seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. 
  • Orang yang rendah hati mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.
  • Orang yang diatasnya merasa ok dan orang yang di bawahnya tidak merasa terhina.

3. Kesetiaan 
  • Orang yg setia selalu dipercaya. Dia selalu menepati janji, komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak suka berkhianat.

26.11.10

Tazkirah: Azab Neraka Wanita Bertudung Bonggol Unta?



Salam untuk semua, syukur atas segala nikmat-Nya ('',) 

Sedikit perkongsian, sejak beberapa tahun ni, saya lihat trend wanita yang pelbagai ragam dengan pakaian yang sentiasa bertukar fesyen yang tidak bertepatan dengan syariat. Yang paling popular sekarang ialah trend wanita bertudung seperti bonggol unta. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang terasa, tetapi ini hakikatnya, tanda-tanda akhir zaman semakin banyak muncul, dalam keadaan kita tidak sedar sebenarnya para isteri dan anak-anak gadis kita berpakaian dalam keadaan sedikit tersimpang daripada garis panduan Islam. 

Demi kesejahteraan daripada segala bentuk bencana yang semakin menjadi2 terhadap anak gadis, mari kita mulakan perubahan ke arah yang lebih baik terutama soal pemakaian. Akhir zaman mendesak kita supaya lebih kuat menghadapi segala mehna dan pancaroba. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah pada semua. Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

22.11.10

Tazkirah: Bersolat Memupuk Disiplin Diri

Bersama Mohd Zawawi Yusof

JAMINAN Allah s.w.t di dalam ayat surah al-Mukminun yang bermaksud: “Pasti berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat berjaya mengubah lembah hina di Makkah kepada kawasan paling popular daripada sifat jahiliyah hasil daripada roh solat.

Perkataan kejayaan di dalam al-Quran ada tiga. Pertama an-Nasru, iaitu kejayaan di dalam peperangan. Kedua al-Fauz (kemenangan) yang membawa nikmat syurga. Ketiga al-Falah bermakna berjaya di dunia dan akhirat.

Umat Islam diseru sebanyak 15 kali sehari semalam; 10 kali dalam azan dan lima kali dalam iqamah. Itulah suara motivasi yang berkumandang saban waktu sehari semalam. Kita acap kali bersolat tetapi tetap malas. Kita bersembahyang tetapi masih ponteng kerja, curi tulang, bergaduh dan mengumpat seolah-olah ia tidak dapat ‘dipisahkan’. Sebenarnya apa sudah jadi dengan solat kita? Kenapa kita masih tidak berjaya? Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud; Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.

10.6.10

Tazkirah: Sebaik-baik Pemberian Adalah Kalimah Yang Haq


" Dari Ibnu Abbas R.Anhuma berkata, Baginda Rasulullah SAW telah bersabda, "Sebaik-baik pemberian adalah kalimah Haq yang engkau dengar kemudian engkau membawa (menyampaikan) kalimat tersebut kepada saudaramu "

Rujukan: Kitab Saranan Sedekah Di Dalam Islam ( S. Muhammad Nuruddin Marbu Banjar)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...