Pages - Menu

22.6.10

KENALI HATI 

Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging apabila segumpal daging itu baik maka akan menjadi baik semuanya dan apabila segumpal daging itu rosak maka akan rosak semuanya ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” .

Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Tidakkah kita terfikir akan keistimewaan Allah ciptakan hati kepada manusia? Adakah hati yang dimaksudkan dalam hadis di atas itu adalah organ hati yang terdapat dalam tubuh badan manusia? 

Begitulah istimewanya manusia diciptakan dengan penciptaan yang sempurna dan unik, berbanding kehidupan dan makhluk lain. Sekalipun haiwan mempunyai hati yang sentiasa menjadi hidangan manusia, tetapi masih jauh berbeza fungsi hati tersebut tidak lebih sekadar organ pelengkap dan makanan.

KESAN DOSA PADA HATI

"Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)"

Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.(Al-Muthaffifiin, ayat 14)

Manusia yang bersyukur adalah insan yang sentiasa memelihara hatinya daripada tercemar oleh dosa noda yang dapat menjauhkan dirinya dari Sang Pencipta. Selalu bertaubat dan meningkat amal ibadah dapat menyucikan kembali hati daripada kegelapan titik hitam yang menutupi cahaya kebenaran. 
Jangan biarkan hati anda terus sakit seterusnya mendatang seribu satu masalah jiwa yang tidak tertanggung, p
enuhi tuntutan hatimu dengan makanan rohani.

HATI KERAS DARI BATU

Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah, ayat 74) 

Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar, ayat 22)

Tidak hairanlah apabila sebahagian manusia masih ragu-ragu dengan suruhan dan perintah Allah, terus menerus lalai dengan tiupan dunia. Jauhkan diri dari mendekati kemaksiatan sesungguhnya bakal meninggalkan kesan buruk pada hati. Allah menyatakan kecelakaan pada manusia yang ingkar dalam mengerjakan perintah Allah.

DAMAILAH HATI YANG TENANG

Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra’d, ayat 28)

Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syrik dan penyakit munafik.(Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 )

Semoga kita pulang bertemu Kekasih Sang pencipta hati dengan jiwa yang damai dan tenang, rebutlah peluang yang masih terbuka dalam membina hati ke arah mencapai mardhatillah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...