KENALI HATI
“Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging apabila segumpal daging itu baik maka akan menjadi baik semuanya dan apabila segumpal daging itu rosak maka akan rosak semuanya ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” .
Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Tidakkah kita terfikir akan keistimewaan Allah ciptakan hati kepada manusia? Adakah hati yang dimaksudkan dalam hadis di atas itu adalah organ hati yang terdapat dalam tubuh badan manusia?
Begitulah istimewanya manusia diciptakan dengan penciptaan yang sempurna dan unik, berbanding kehidupan dan makhluk lain. Sekalipun haiwan mempunyai hati yang sentiasa menjadi hidangan manusia, tetapi masih jauh berbeza fungsi hati tersebut tidak lebih sekadar organ pelengkap dan makanan.
"Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)"
Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.(Al-Muthaffifiin, ayat 14)
Manusia yang bersyukur adalah insan yang sentiasa memelihara hatinya daripada tercemar oleh dosa noda yang dapat menjauhkan dirinya dari Sang Pencipta. Selalu bertaubat dan meningkat amal ibadah dapat menyucikan kembali hati daripada kegelapan titik hitam yang menutupi cahaya kebenaran.