Pages - Menu

22.3.10

Praktikum Fasa 1, Sedikit Kritikan...


Kebanyakkan murid-murid mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya...


Salam untuk para sahabat blog yang dikasihi terutama sahabat2 seperjuangan saya yang sentiasa tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat.

Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani Praktikum Fasa 1 selama 1 bulan (4minggu) di sebuah sekolah terletak di pinggir kota besar Kuala Lumpur. Semester ini saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek major sahaja iaitu Bahasa Melayu (Malaysia).

Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur pada hari pertama di sekolah, berkenalan dengan para guru dan staf, saya juga mendapat seorang guru pembimbing yang baik dan sangat peramah.

Sedikit perkongsian adalah berkenaan kelas yang saya dapat untuk praktikum ini ialah kelas Tahun 4, kelas berkenaan adalah kelas yang ketiga dari empat kelas. Cabaran mendapat kelas tersebut adalah hampir sebahagian besar murid Tahun 4 kelas tersebut masih gagal membaca dengan baik, merangkak-rangkak mengeja sepatah demi sepatah perkataan.

Perkara tersebut sangat membimbangkan dan menyedihkan, guru pembimbing saya menceritakan pelbagai jenis punca masalah murid-murid mempunyai tahap akademik yang sedemikian. Selian itu, tuduhan tentang murid-murid luar bandar yang ketinggalan dalam pelajaran adalah sangat tidak tepat kerana jika dibuat kajian secara menyeluruh majoriti murid yang buta huruf dan lemah dalam pelajaran adalah daripada murid yang bersekolah di Kuala Lumpur. Bandar yang dibanggakan pelbagai kemajuan itu.

Di sebalik kemajuan tersebut, terselindung pelbagai kecacatan dan ketempangan dalam institusi pendidikan di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja berlingkar sekitar pintu pagar sekolah sahaja tetapi melibatkan suasana masyarakat luar, ditambah pula dengan pelbagai masalah sosial pelajar
dan rencam muda mudi di zaman serba serbinya ada sekarang.

Sekiranya sistem pendidikan negara "Islam" ini masih kekal digunakan, tidak salah saya katakan, beberapa tahun akan datang pelbagai masalah jenayah yang luar biasa serta tidak disangkakan mungkin akan berlaku melibatkan penjenayah murid-murid sekolah. Bagaimana masa depan anak-anak kalian nanti? Fikir-fikirkan lah...

Hadis Rasulullah saw bermaksud: "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) yang tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"

3 comments:

  1. salam sahabat.mmoga segala urusan dipermudahkan Allah s.w.t.banyak cabaran jika bergelar pendidik.apa yg saudara katakan ada kebenarannya,semua bergantung pada sistem/dasar yg dibuat.dan hasilnya sebagaimana yg telah dirangka.

    ReplyDelete
  2. Salam dik.

    Insan pendidik tugasnya mendidik.
    Jalankan tugas berpraktikum dengan sepenuh iklhas dan iltizam yang tinggi, tanggungjawab laksanakan sebaik mungkin. Betulkan niat. Akak percaya berkat kesungguhan tidak mustahil adik akan cemerlang dalam prkatikum yang dijalani. Minggu suai kenal pelajar/murid. Guru sebenar.....ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu.

    Wassalam, akak.

    ReplyDelete
  3. salam utk pacifist dan kak roha,

    terima kasih atas nasihat dan semangat yang diberikan, insyaAllah saya akan terus berusaha dan mempertingkatkan kualiti P&P saya :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...