Pages - Menu

13.5.13

Tok Guru Nik Abdul Aziz

 
Lokasi: Putrajaya
Masa: Kempen P125 pada PRU13


Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Selepas PRU13, agak mengejutkan TG Nik Abdul Aziz menarik diri daripada menjadi Menteri Besar Kelantan. Aku secara peribadi mula kenal TGNA dengan mendalam semasa melangkah masuk belajar di maktab...waktu tu aku banyak mengenalinya melalui pembacaan buku-buku TGNA tentang mutiara kata yang cukup menyentuh jiwa.

Penceritaaan dari sahabat2 aku yang berasal dari negeri Kelantan juga banyak membantu aku mengenali tokoh ulama hebat ini, selain menjadikan You Tube tempat aku mencari2 siri-siri kuliah pengajian beliau di Medan Ilmu yang diadakan setiap Hari Jumaat. Mana nak cari kan Menteri Besar mampu bagi kuliah agama dan pengajian kitab...TGNA apabila mula berbicara sentiasa mengingatkan pendengar tentang perlunya TAKWA kepada Allah, begitulah kasihnya pemimpin kepada rakyat supaya rakyat ada rasa takut dan cinta kpd Allah.

23 tahun memimpin negeri Kelantan menjadi Kelanatan model negeri Islam yang disegani, bantuan dan royalti disekat sekalipun tetap mampu berdiri sama tinggi dengan negeri2 lain. Tempoh itu juga, beliau tak pernah putus asa melawan kezaliman pemerintah, tak kurang yang biadap meletakkan label2 yang kurang ajar kepada susuk tubuh ulama ini. Moga Allah sentiasa merahmati dan membalas jasa besar TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Idola sekalian anak muda di Malaysia!

Kenangan 2012, ziarah TGNA pada cuti sekolah pertengahan tahun di Pulau Melaka =)

3 comments:

  1. semua org brsedih di atas berita ini tapi apakan...
    moga TGNA dikurniakan kesihatan yg baik agar dapat terus menyampaikan dakwahnya...InshaAllah....

    ReplyDelete
  2. Kakak turut merasa sedih bila mendapat tahu beliau mahu bersara. Mulalah kakak terfikir adakah lagi ulama di Malaysia yg tabah, sabar dan istiqamah macam beliau. Insya-allah. Moga Kelantan tetap kuat dgn acuan yg telah dibuat TGNA.

    Doakan TGNA terus sihat agar boleh dijadikan rujukan lagi..

    ReplyDelete

  3. kagum dengan ketelusan TGNA dalam mentadbir kelantan.susah nak jumpa pemimpin macam beliau di zaman macam ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...