Pages - Menu

29.1.13

"Berapa Lama Dah Hang Dok Main Blog Ni..."

 Ni rupa wajah blog aku waktu 2 tahun lepas, mood waktu ni tengah rajin2...


Salam untuk semua, moga dirahmati
 
"Berapa lama dah hang dok main blog ni..."soal seorang kawan.
 
5 tahun lebih dah taip blog, tak silap ingatan aku 2008, bulan Ramadhan aku bermula "daftar blogger". Tapi masa lama bukanlah tanda aras status "otai" tetapi lebih kepada veteran tua.hehe. Tak perlu lama usia blog jadi blogger otai, ada blogger baharu dah punya pengaruh luar biasa.hehe. Bab otai ni hampa tanya Blogger SolihinZubir, ini dah taraf sifu...hehe. Apa pun kita buat, semuanya perlu kepada usaha bukan? Aku ni malas2, ditambah menaip ikut masa dan mood yang berubah2, mungkin lebih kepada hobi dan minat menulis. Hampa yang serius blogger jangan meniru gaya malas ini.haha. Sejarah blog ni bermula begini...

Mula terdetik menaip apabila berkenal2 dgn seorang sepupu kpd rakan sekelas zaman belajar, Allahyarham Ammar (pelajar jurusan kedoktoran, 4 tahun lalu terbabit kemalangan di Mesir-AlFatihah). Blog allahyarham penuh informasi, terutama agama dan politik. Hebat! Waktu itu aku benar2 teruja melihat penulisan2nya...tak pastilah mungkin semangat remaja, yang mula pandai memberontak, membangkang, bersuara...haha. Aku doakan dengan tarikan untuk menulis blog, pahala kebaikan sampai juga kepada Allahyarham Ammar. Amin.

Sejak tu, terdetik "aku perlu menulis". Fokus tulisan waktu tu, sepenuhnya berkisar ttg POLITIK! Jadi, ada sahabat tertanya2 aku ni asyik "berpolitik" dalam blog, bukan apa blog sedia ada sekarang asal kelahiran dengan POLITIK sehingga pernah digodam oleh hackers ameno, delete dan buat semula yang baharu...mungkin itu antara kenangan2 berblog, ada yang bergaduh/berdebat sakan dengan blogger macai ni.

Politik dah aku kurangkan, bukan bermakna tidak berminat tetapi sudah mula mencampurkan hal lain bersama dalam tulisan. Biar macam rojak sikit...haha.semua aku belasah, tapi bab artis hiburan sahaja aku memang tak berminat nak tulis. Bagi aku tak semua orang minat hal politik ini sepanjang masa, jadi aku menghormati pembaca begitu dengan memuatkan pelbagai hal dan isu lain.

Aku harapkan moga hati terus ikhlas, bukan tujuan asal aku untuk menarik ribuan raban hits pembaca, menjana pendapatan berganda2...kalau memperoleh semua itu hanya rezeki sampingan sahaja. Sekurang2 seorang membaca, memberi manfaat padanya cukup menjadi bekal akhirat aku. Kita tak tau bila kita dijemput Allah bertemunya, sekurangnya medium blog mampu berkongsi apa sahaja yang berfaedah dengan semua. Jangan biarkan blog anda hanya berkisar tentang hal2 yang kurang manfaatnya, bukan salah tetapi rugi masa dibiarkan lelah menaip hanya perkara sia2.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari

Akhir sekali aku, ucap terima kasih banyak2 kepada sahabat2 politik/BLOGGER POLITIK PR! Anda semua memang terbaik! banyak aku belajar dari kalian tika belajar berblog, tak kurang sahabat2 blogger yang lain yang sudi menjenguk ruang busuk, kotor malah tak kurang debunya di sini. Moga Allah rahmati kita semua, amin. =)

Azhan: Blog ni putih, sedikit tulisan berwarna hitam. Itu bukan tanda aku seorang blogger simple! Tapi malas! huh!. Sampai bila begini...mohon ada transformasi 1Msia.kih3. Wasiat: blog ini janganlah dipadamkan sekalipun jasad sudah tidak bernyawa, mungkin ada ada perkara yang bermanfaat untuk pembaca sepanjang masa.

7 comments:

  1. Singgah sekejab blog sahabat sebelum melelapkan mata,hari ini hari yang sangat penat bagi saya..

    ReplyDelete
  2. ijok: salam akhi, boleh kongsi kenapa penat sgt hari ni? sibuk kerja ka?

    ReplyDelete
  3. dalam blog akak semua benda akak tulis..politik???berkias2 je..nak direct macam kamu dan solihin rasanya tak percaya lagi dengan skill menulis ni..satgi ramai yang gelak je..hahahh

    ReplyDelete
  4. dalam blog akak semua benda akak tulis..politik???berkias2 je..nak direct macam kamu dan solihin rasanya tak percaya lagi dengan skill menulis ni..satgi ramai yang gelak je..hahahh

    ReplyDelete
  5. diana: xpa kak, yang penting mesej yang baik, kias pun ok.hehe. macam2 ada itu lagi menarik =)

    ReplyDelete
  6. salam,

    sama laaa kita dok main blog... sy masa awal 2008 kiranya... nak kata otai sifu tu takla sgt, ada la juga ambik tempahan bina blog sikit2... tp tahap penguasaan blog dr segi SEO ke ape ke masih biasa2 lagi... maklumlaaa org berkeluarga, bukan boleh fokus 100% ke blog saja kan ;)

    ReplyDelete
  7. UMMIE HANNIE: salam kmbali kak, yaka kak umie tak otai? hehe.rendah diri tu, blog kak umi bertukar selalu cat rumah tu.hehe. iklan pun dah banyak kira sifu dah =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...