Pages - Menu

13.11.12

Salam Maal Hijrah 1434H | Sambutan Tahun Baru Islam

photo

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, umat Islam bakal meraikan tahun baharu hijrah 1434H dengan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Aku dengan rendah diri menyucapkan Salam Maal Hijrah 1434 buat sahabat2 yang dihormati dan disayangi sekalian, moga tahun baharu yang menjelang bakal membawa sinar2 islami yang lebih baik dalam kehidupan kita dan keluarga, insyaAllah.

Perjalanan Rasulullah yang ditemani Sayyidina Abu Bakar Assidiq ke Madinah, seterusnya mempersaudarakan umat Islam (Kaum Ansar dan Muhajirin) memperlihatkan keutuhan perpaduan dan ukhwah mereka tertegak atas nama Islam…hebat…kagum! Sanggup mengorbankan apa sahaja yang ada…sehingga menawarkan untuk menceraikan isteri utk saudara seagama…huh!


Pengajaran Peristiwa Hijrah

Peristiwa hijrah juga melibatkan semua golongan…anak muda (Ali, dan Asma, anak kepada Sayyidina Abu Bakar), orang tua (Abu Bakar-berkorban nyawa semasa dipatuk ular/ada pendapat mengatakan kala jengking semasa di dalam Gua Tsur), bukan Islam (Abdullah bin Uraiqat-penunjuk jalan yang diupah oleh baginda kerana dia mahir tentang selok belok padang pasir), haiwan (labah-labah membina sarang di Gua Tsur)

Begitu banyak sekali pengajaran hijrah yang ingin dididik oleh baginda nabi kepada umatnya…bagaimana perjalanan yang penuh strategi dan kebijaksanaan. Aku sebagai anak muda, tersentuh hati apabila menyoroti kehebatan anak muda seperti Ali dan Asma yang terlibat membantu baginda nabi menyebarkan Islam tanpa rasa gentar malah bersemangat menghadapi sebarang risiko yang bakal diterima.

Sambutan Maal Hijrah

Saban tahun umat Islam menyambutnya, tapi menginjak tahun demi tahun umat kita makin jauh terpesong…terus hanyut dalam segala bentuk kemaksiatan. Moga azam tahun baharu hijrah kali ini memberi ruang untuk bermuhasabah dan menilai kembali kehidupan…yang baik diteruskan…malah ditingkatkannya, yang buruk…cubalah untuk tinggalkannya ya…mudah2an Allah memberikan kekuatan dan merahmati kalian =)

Ada pula tanya apa amalan sunnah sambut maal hijrah? Daripada pembacaan aku yang dangkal ni, memang tiada amalan khusus sambutan tahun baharu Islam sebab Tahun Baharu Islam diperkenalkan pada zaman Sayyidina Umar Al Khtaab. Tapi tidak salah kita menjadikan apa2 ibadah sunnah sebagai amalan, sebagai tanda kesyukuran dipanjangkan umur hingga ke tahun yang baharu...

Lebih elok beribadat sunnah daripada melakukan konsert maksiat? Begitulah juga sambutan MERDEKA, tiada istilah merdeka kerana di zaman nabi tiada penjajahan, yang ada penjajahan aqidah dan kesesatan...tiada juga sambutan kemerdekaan, justeru apa pula amalan yang elok untuk sambutan Merdeka? Bacaan Yasin syukur menghirup keamanan atau melalak dan terkinja-kinja di pentas konsert?

Bukan menunggu hari mulia baru kembali menjadi hamba sebaliknya hari biasa terus leka, kerana mati tidak menunggu siapa. Terus ingat status diri sebagai "Hamba".

3 comments:

  1. Salam maal hijrah dari kakak juga dik.

    Betul tu daripada terpekik-pekik baiklah baca yasin ramai-ramai kemudian baca doa ini. Sempena menyambut tahun baru juga tak salah kita berpuasa apa lagi esok hari Khamis alangkah indahnya kan.

    ReplyDelete
  2. Yg terbaik ialah pengisian bagi tahun baru yg mendatang, apakah hijrah kita. Jgn sebok2 sambut th baru pas tu x wat sbrg hijrah.

    ReplyDelete
  3. [url=http://www.supra-mexico.org]supra[/url]
    [url=http://www.supraaustralia-vip.org]supra shoes[/url]
    [url=http://www.supra4shoes-canada.net]supra shoes[/url]
    [url=http://www.sportshoesaustralia.com]supra shoes australia[/url]
    [url=http://www.supra-mexico.org]http://www.supra-mexico.org[/url]

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...