Pages - Menu

6.10.12

Muhasabah Masa Lalu, Masa Sekarang Kisah Baharu

Salam untuk semua, moga dirahmati

Sibuknya jadual ustaz ni...? Padatnya program ustaz tu....? Ke hulu ke hilir penceramah tu pergi...Macam2 soalan yang aku fikirkan selepas baca penulisan2 hidup mereka, macam mana masanya dengan keluarga, dengan sanak saudara...mesti tiada masa sangat untuk "berseronok" dan "enjoy2" ni...aku pula setiap masa dengan hiburan, ke hulu ke khilir dengan keseronokan. Bila masa untuk "agama"?

Dalam diam aku lupa sesuatu, lupa menyuluh diri sendiri yang seharian punya masa lapang, walaupun alasan "aku sibuk la....", "aku tiada masa...maaf", "aku ada hal lain...". Sibuk? Tiada Masa? Hal Lain? begitulah alasan2 yang selalu aku mainkan di bibir...aku sudah menjangkau usia 24 tahun...masa remaja aku sudah perlahan2 aku tinggalkan. Yang lepas banyak aku habiskan dengan sia2, walaupun ada sedikit mungkin sekelumit masa untuk agama tapi jauh bandingan masa yang luas untuk hiburan.

Kelekaan lepas, aku mula memikirkan usia sekarang masih tidak lewat untuk membuat perubahan, merubah sedikit sistem jadual harian, jadual hidup supaya lebih bermakna...tidaklah seperti Ustaz itu dan ini, tidaklah sehebat Penceramah, tidaklah sedaya Pendakwah...tapi biarlah menjadi murid yang setia. Setia bukan hanya untuk ilmu, setia melangkah jejak perubahan.

Teman aku sekarang adalah, lensa dan kamera...sedikit menanam motivasi untuk ke hulu ke hilir...mencari sekalian program untuk hiburkan kembali hati yang mati. Biarkan gambar menghiburkan, disamping menadah sedikit ilmu menyemai rohani. Jika aku terus termangu di rumah, bersantai di kamar, mustahil ilmu datang bergolek2 mencecah minda...malah terasa bodoh sombong dengan Maha Pencipta.

Aku bermuhasabah tidak mahu kembali cara hidup lama, mengajak sahabat2 turut sama. Terutama yang masih muda remaja, jangan sia2 usia dengan tenaga yang luar biasa...mencari ilmu agama, apa sahaja yang bermanfaat untuk diri dan jiwa. Tak mampu sekadar hiburan semata, dalam senyap hati kita akan terus leka dan buta.


Lagu ni menyentap hati menulis sesuatu...

6 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...