Pages - Menu

24.9.12

Ulang Tahun Kelahiran ke-24

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah. 25 Sept 2012, 24 tahun umur aku. Ucapan syukur dan terima kasih pada Yang Maha Pemberi segala nikmat, menghitung dosa dan kesilapan hampir pasti tak layak pun setitis air untuk aku meminta sebagai nikmat kehidupan. Makin seronok melangkah tahun kehidupan makin dekat menyambut kematian.

Seterusnya, Terima Kasih buat kedua insan tersayang, mak dan ayah. Tidak atas usaha dan tanggungjawab mereka membesar, mendidik dan sbgnya...aku tak mampu juga mengenal dunia dengan mata dan jiwa.

Satu sahaja harapan, moga baki usiaku menjadi insan/hamba Allah yang berguna untuk Islam, sahabat2, keluarga, sekalian umat masyarakat...kalau tidak besar lautan bakti biar sepatah perkataan dikenang apabila mati.

Mohon doa sahabat2 sekalian, Selamat  Ulang Tahun Kelahiran untuk insan kerdil, Mohamadazhan =) 


4 comments:

  1. assalam, selamat hari lahir...semoga bertambah iman dan amal...

    ReplyDelete
  2. Allah selamatkan kamu,
    Allah selamatkan kamu,
    Allah selamatkan Mohamadazhan,
    Allah selamatkan kamu!!!

    ......teringatkan sketsa haji bakhil.

    Moga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. waaah... sudah 24 taun..
    heppy bufday..
    hehee

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...