Pages - Menu

2.8.12

Rezeki di bulan Ramadhan

 Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah. Sudah separuh Ramadhan...adakah hati dan diri masih dan terus bersemangat untuk beribadah? Sama-sama kita pakat muhasabah...aku pun sama, ada ketika datangnya malas...kenalah berusaha lawan bisikan2 tu supaya kita tak tewas begitu sahaja. InsyaAllah masih berbaki separuh...aku doakan kalian sahabat2 yang dirahmati akan terus kuat dan hebat dalam beribadat...peluang Ramadhan bukan selalu tiba...

Lama benar aku tak tulis dalam blog ni...memang malas tahap teruk da...kalau rumah tak disapu dan dicuci...sudah berdebu dan menjadi sarang makhluk2 lain...hari ini balik sahaja sekolah aku dah tekad nak tulis sesuatu dalam blog...naH! tertunai juga hasrat yang terpedam dalam sisa-sisa malas ni.

Rezeki Ramadhan...aku lihat Ramadhan juga sebagai bulan rezeki kepada semua...manusia lebih ringan untuk berbelanja malah bersedekah untuk golongan yang kurang berkemampuan. Anak-anak yatim disambut dan diraikan dimerata-rata tempat...yang berniaga sudah pasti memperoleh hasil yang lebih baik kerana bazar sentiasa sahaja penuh bermula jam 5 petang.

Aku pula seperti biasa...tak ubah seperti tahun2 lalu mencari masjid2 sekitar KL untuk berbuka puasa dan terawih...menjimatkan masa dan wang untuk ke bazar...jimat juga tenaga untuk menyelit lautan manusia di bazar. Belajar banyak tentang karenah manusia dan jemaah...hari ini Masjid Putrajaya menjadi destinasi hujung minggu berterawih dan berbuka.

Elakkan pembaziran, masih ramai yang kelaparan di nun sana. Limpahkan doa buat Umat Islam Rohingya, Syria, Palestin, Cechnya dan negara-negara umat Islam yang masih lagi ditindas.

4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Moga Allah terus memberi kekuatan untuk meraihkan segala ganjaran yang disediakan...

    Selamat berpuasa moga beroleh takwa..

    ReplyDelete
  2. bulan Ramadhan ni la kalau rasa nak makan apa pun semua ada tersedia..

    tapi hati2 la berbelanja.takut jadi pembaziran pulak.yang ambik kesempatan pun ramai..

    ReplyDelete
  3. Sekejap dah masuk 10 kedua bulan ramadhan yg dikatakan hari-hari yg penuh maghfirah. Panjatkan amal dan doa sebanyak mungkin.

    Malam tadi terawih hampir aje akak lupa nak qunut kerana rasa cepat benar dan masuk 15 hari kan.

    Selamat beramal dik..

    ReplyDelete
  4. Makan berjemaah lagi berkat dan wasatiyah

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...