Pages - Menu

20.7.12

Salam Ramadhan Mubarak 1433H | 1 Ramadhan


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah selamat pulang ke kampung sambut 1 Ramadhan. Jalan nak keluar dari KL tadi memang sesak...ditambah dengan suasana hujan yang lebat...kepala aku memikirkan pukul berapa hendak sampai begini...memang tidak selesa dalam bas dengan keadaan hujan...sejuk teramat. Apa pun, aku bersyukur selamat sampai disambut oleh ibu kesayangan. Ayah dan adik-adik sibuk bertadarus di surau...mungkin malam ke-2 (Sabtu) aku dapat ikut sama tadarus beramai2...esoknya balik semula ke kota raya.
Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga. (H.R. Ath-Thabrani)
Selalu kita baca hadis di atas apabila menjelangnya Ramadhan tapi sejauh mana kita menghayati mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi SAW. Pesan ni aku tujukan untuk diri aku sendiri...ada ketika mood menjadi "baik"...elok belaka...hilang "mood" ditipu dunia kembali kepada asal lalainya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu aku yakin Allah berikan peluang kepada kita melakukan terbaik untuk menjadi hamba-NYA...moga Allah ampunkan dosa-dosa aku dan sahabat2 sekalian.
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSNpQthFKXBd5j-heU_y8uUyYA_SaOUTG6n6gKGDQ8pq0SGJLKXWsXQLvS_
Jadikan Ramadhan sebagai "Universiti" Ramadhan Sebuah Jihad Pentarbiahan Diri. Tetapi apakah persiapan kita menjelang Ramadhan ini....PERSIAPAN RAMADHAN. Sudah menjadi rutin biasa...apa sahaja yang hendak dibuat...sebaiknya kita bakal menyiapkan segala-galanya berkaitan, tidak mahu tempang dan terjatuh dipersimpangan...maka segalanya sudah bersedia. Peliharalah juga tutur bicara APABILA LIDAH SEDAP BERBICARA supaya tidak terbit perkara yang kurang baik didengar lalu terus mengurangkan pahala puasa.
Dalam ketenangan menyambut Ramadhan di Malaysia, masih ramai saudara kita yang tidak tahu entah bila keamanan muncul tiba....sabahat2 di Syria, di Palestin, muslim Rohingya, pejuang2 Islam di seluruh pelusuk dunia...terus berjuang menuntut hak mereka yang dirobek. Kita tidak hanya melihat dan menggeleng simpati, jadikan bulan mulia ini kita membantu mereka dengan terus berdoa, membantu semampunya melalui saluran2 kebajikan dan kemanusiaan. InsyaAllah nilaian sedikit yang ikhlas akan dipersembahkan di hadapan-NYA kelak.
Salam Ramadhan buat teman-teman daripada Cikgu Azhan =)

4 comments:

  1. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...