Pages - Menu

20.5.12

Kisah Aku Berkenalan Dengan Anak Muda Kaya Hasil JUDI

 
(gambar hiasan)
Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah hujung minggu baru ni sempat bersama keluarga, balik sekejap tengok persiapan mak, ayah dan adik2 yang bakal berangkat menunaikan umrah pada hari Rabu ni. Bersyukur pada Allah yang terus berikan rezeki dan nikmat kesihatan dan masa kepada kami sekeluarga, alhamdulillah.

Aku balik dengan bas, bertolak lewat petang Khamis. Sebelum duduk aku sempat menjeling susuk tubuh seorang lelaki sebelah aku...berseluar jeans koyak sana sini, rambut kusut masai berwarna jingga...aku fikirkan warga asing...aku sekadar berikan senyuman, terus duduk diamkan diri untuk menunggu bas bergerak, lagipun badan aku agak keletihan untuk mulakan perbualan.

Sepanjang jalan aku hanya tidur hingga bas berhenti di Hentian Bukit Gantang, turun solat dan makan. Badan yang letih mula bertenaga, perjalanan diteruskan ke utara...aku cuba mulakan perbualan...soalan lazim aku "Tinggal di mana?" haha..aku agak bosan kalau duduk tanpa berbual, melainkan duduk di kerusi "single". Selepas mula perbualan, baru aku sedar mamat sebelah aku warganegara yang tulen...aduhai...mati2 aku ingat mat indon mana tadi...

Aku mula menyoal pelbagai soalan...menghilang rasa bosan. Mamat ni kerja di Singupura...seorang Juruteknik...aku mula tu agak pelik...kenapa kerja Juruteknik jauh benar...hingga negara asing. Lepas tu mamat ni sambung lagi "Saya ni Juruteknik Mesin Judi...kat sebuah Pusat Kasino besar di Marina Bay Sand."

"Haaa! aku silap dengar ka ni...Juruteknik Guni atau Judi?" biar betul mamat ni...aku buat tenang2 saja walau hati agak tak keruan dengar. "Saya dah 4 tahun dah kat sana...jaga mesin judi...repair, setup mesin kuda..." Bersahaja saja dia jawab...aku tengok wajahnya tak kelihatan rasa bersalah...mungkin dah lama bergelumang dengan benda haram ni...simpati sangat.

Huh! Dahsyat budak ni...aku diamkan dulu...sedang fikirkan soalan sebelum merangka mesej dan nasihat yang sesuai. "Macam mana boleh kerja sampai sana tu...?" Soal aku dengan hati yang sangat kesal.

"Saya mula kerja kat Kasino Genting..."Training" di sebuah sekolah swasta sebelah sekolah kerajaan di sana (dirahsiakan nama). Kat situ depa ajar macam mana nak kendali mesin judi, setup tempat...macam2 lagi abang. Saya dok situ setahun saja...lepas tu terus kerja kat Kasino Genting setahun. Lepas setahun dapat tawaran kerja kat Kasino Marina Bay, Singapura sampai lah sekarang..." Mamat ni agak ramah, panjang dia cerita kat aku...umur baru 23 tahun...daripada riak wajah, sangat tenat akhlak moralnya. Hati aku terus bersimpati...kepala agak kusut untuk fikirkan apa mesej terbaik untuknya sebelum turun daripada bas sekejap lagi.

"Kalau abang nak tau...taikun judi kasino Genting ni, dia pengasas pusat kasino besar di beberapa negara Asia...banyak dah kes jadi kat sana...sejak saya kerja berapa ramai orang bunuh diri kalah judi...kes tutup...tak mau malukan pusat judi tersebut." sambung dia lagi.

"Banyak ka gaji dok sana...makan minum macam mana...dengar kata kat sana susah nak cari makanan halal..." Soal aku walaupun aku sedar hasil gaji yang diperolehnya itu pun sudah "haram".
Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.(al-Baqarah: 219 )
"Makan minum, tempat tinggal semua disediakan...saya dok sana pergi balik dan kerja...makan minum mewah...tak dibezakan orang atas dan bawah...kami akan makan sama2. Makanan semua halal sebab daging babi dan arak tak dibenarkan dalam kafe. Arak tu ada dalam tempat "main" ja (kasino). Gaji saya 7000 Dollar Singapura, itu kira murah lagi abang sebab saya masih dalam "training" di sana...kawan saya naik pangkat jadi tukang tolak troli kasino...gaji puluh2 ribu dollar dah depa dapat...ada yang kerja sampai Abu Dhabi." Dengan bangga dia bercerita, aku tidaklah terkejut dengan nilai angka itu kerana statusnya.

"Saya dah dua tahun tak balik kampung sejak duduk sana...balik ni pun sebab nak buat paspord sebab IC saya hilang kat sana. Kadang2 keluarga saja datang sana waktu sambut raya...sampai KL tadi pun rasa lain banyak dah Puduraya..." Dia juga banyak bercerita bagaimana kehidupan di kota singa itu...khabarnya memang ramai anak gadis Melayu yang rosak kalau kerja sana.

"Berlambak2 orang Malaysia yang berjudi kat sana sebab bebas...nak masuk Genting orang Islam tak boleh, jadi boleh la main di negara jiran...saya pernah tengok seorang Melayu menang 200ribu akhirnya hingga tergadai kereta akibat bahana judi...tamak sangat.." Banyak pengalaman2 judi yang diceritakan...aku terus setia mendengar...kadang2 dia pula bagi aku tips2 main judi kasino...mungkin muka aku kelihatan seperti berminat...haha..aku tidak mencelah membiarkan sahaja bercerita sehingga puas.

"Mak ayah tak marah ka kerja sana...?" Soal aku. "Mak ayah tak suka juga...pesan depa kerja tu jangan dok main pulak..." dia ketawa sebab kadang2 ambil peluang main sama. Bulan lepas dia menang 100ribu dollar judi nombor ekor...katanya dalam simpanan bank di sana...kalau bawak balik Malaysia banyak pula soalnya nanti pihak bank...waktu usia 21 tahun, dia dah mampu beli dua buah rumah di Kedah, untuk pelaburan jangka panjang katanya. Mamat ni terus bercerita tanpa rasa kesal, malah berbangga dengan hasil usahanya selama ni.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan [al-Ma’idah (5):90]. 
"Saya pernah kerja sampai Australia, Taiwan, Indonesia dan Filipina...kadang2 berlayar dengan kapal mewah 3 bulan kat tengah laut. Dalam tu macam syurga dunia...nak apa semua ada. Perempuan dalam cermin, boleh pilih mana suka..." Makin rancak perbualannya...walaupun kadang2 diselitkan juga kisah umat Islam di sana...dalam benak hatinya, aku rasa masih punya detik sayang akan agama...mungkin agak jauh tergelincir untuk bangun semula perlu masa dan keazaman tinggi untuk berubah.

"Ni balik kampung...rambut pun dah merah...nak balik pun malu ni....mungkin satu hari nanti saya akan balik kerja kat Kedah kot..lama2 kerja macam ni mesti bosan...tak kan sampai tua nak macam ni..." sambungnya lagi. Aku sekadar mengangguk sahaja.

Sebelum turun dari bas, aku hanya sempat pesan supaya jaga solat fardhu dan harap hijrah dengan "kerja baru" di Malaysia...itu sahaja yang terlintas, aku percaya kalau masih sujud dan rukuk kepada Allah, lambat laun hidayah pasti muncul jua..agak sedih, kedua orang tuanya adalah guru...sehari sebelum pulang baru menyambut hari guru...tetapi hari ini aku bertemu dengan anak guru....tidaklah salah kedua orang tuanya yang mendidik, tidaklah salah para gurunya...dia yang salah memilih jalannya.

Bersama kita mendoakannya supaya diberikan hidayah dan taufik oleh Allah, sudah jauh tersungkur ke lembah maksiat...berseorang di sana dalam suasanan maksiat amat sukar melakukan perubahan melainkan berhijrah. Sebelum turun daripada bas, dikeluarkan sepucuk sampul surat...perlahan ditarik keluar sekeping kertas...diberikan kepada aku untuk dilihat. Itu lah pertama kali aku tengok kertas nombor ekor judi...nilaian yang diharapkan menang adalah 2.3 juta dolar. Jelas terpapar nama Kasino Marina Bay...nilai belian 3 dollar.
Jelaslah sekarang, apabila kerajaan telah "menghalalkan" apa yang telah mutlak diharamkan oleh Allah, bersedialah kita menumpang sama bala serta bahana. Na'uzubillah. Tahniah buat penguasa, hasil bertahun lama JUDI (hasil mahsul negara) sudah menghasilkan produk anak muda yang berjaya!!! Teringat akan kata-kata seorang pensyarahku suatu masa lalu, saya tidak akan memaafkan UMNO kerana mereka dalang sebenar kerosakan anak-anak muda. Bersedia untuk berubah dalam PRU13 demi masa depan kita bersama.

15 comments:

  1. terasa sgt kesal dengan umat islam kini. tanpa segan silu mereka bangga dengan maksiat,

    moga aku dan keluarga dijauhi dan menjadi lebih baik lagi di masa akan dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kasian ngeliat kalian..
      Ini ada Bisnis Menjanjikan, sehari langsung dapet jutaan, tp ini (haram)... ini Judi online, tp dapat dipastikan menang soalnya ada trik khusus (trik Curang).
      Ane n tmn2 ane udah lama pakek.. ada yg udah buat indomaret dari hasilnya n skarang udah nikah tobat.. kalo ane sendiri masih pakek smpk sekarang blm mau nikah.. foya2 dulu.. he..he..

      Buat semua orang yang suka taruhan bola atau kasino.. ini ada artikel

      Trik Curang Menang Sbobet dan Ibcbet

      http://bajoz-xp6.blogspot.com/2013/02/trik-curang-menang-sbobet-dan-ibcbet.html

      Di artikel ini ada cara khusus, dan ada print screen kemenangannya.. nyata dan sudah banyak yang membuktikan..

      Delete
  2. nauzubillah~

    smoga kita sntiasa d beri taufik yg berpanjangan d dalam khidupan yg pnuh cbaran ini...

    selamat jalan utk mak skeluarga..moga d permudahkan urusan~

    ReplyDelete
  3. kisah yang sangat menarik, sememangnya ada cerita di celah-celah kehidupan...

    ReplyDelete
  4. assalam, rupanya ramai anak muda Islam yg hidup bergelumang dosa hasil adanya lesen yg 'menghalalkan' judi yg dikeluarkan oleh kjaan...tunggu lah balasannya pada PRU 13 nanti...InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. duit dah gelapkan mata manusia nauzubillah!

    ReplyDelete
  6. Salam Yob,
    Kalau dia berkawan dgn sahabat2 yg kuat iman, tentu dia tak hanyut. Kemewahan dunia menggelapkan hati dia. Semoga dia mendapat hidayah.

    ReplyDelete
  7. erm..
    jauhnye die tersasar..
    harap die akan dapat hidayah tu berubah...
    =D

    ReplyDelete
  8. Menarik N3 ini... itu negara jiran. Tapi sebenarnya di negara kita sendiri ini juga serupa cuma tidak didedahkan - malu konon hakikatnya depan mata kita saban hari terhidang kisah lebihkurang dik. Kalau dia pun kata training di GH bermakna idea tercetus dari negara kita baru dia dihantar ke S'pore...

    Kalau kita tidak boleh bertindak kerana tidak punya kuasa, gunakan 'kuasa kecik' kita utk memilih tak lama lagi. Emm... dah boleh mengundi belum?

    ReplyDelete
  9. fuh.. fuh.. fuh..
    sapa yg mata duitan tu, bkn nk ambik kisah dh halal haram..
    giler kaya!!

    tp itulah.. kaya dgn duit haram..

    sama2 lah kita berdoa agar budak itu dan kita semua dieri hidayah menuju jalan diredhai Allah..

    pakat2 tumbangkan mastermind perosak anak bangsa tu..

    ReplyDelete
  10. err..kisah ini amat bermanfaat

    ReplyDelete
  11. sedih bila mak bapak sendiri semacam merestui je pekerjaan anaknya...rasanya jika diberi bimbingan mamat ni akan balik semula ke pangkal jalan...

    ReplyDelete
  12. kesian nya..
    mak ayah dah tahu pun boleh nasihat "jangan main "je ??

    ramai mak bapak yang gini..
    dah tau salah,masih tutup mata sebab gaji besar dan anak minat...

    bila anak balik kampung,anak hukur2 duit dia tak rasa bersalah pun nak ambik duit tu..

    ReplyDelete
  13. semoga Allah prmudahkan urusan keluarga Azhan menunaikan ibadah umrah di tanah suci...amin...

    mcm2 kisah yg trkdg membuat kita jd terkedu....

    ReplyDelete
  14. Saya ada sekali bawak pelancong dari Iran melawat Muzium di Melaka. Sebelum itu, malam semalamnya mereka bersuka ria dan berjudi di genting (pegawai pengiring mereka yang beritahu).. So, bukan di Malaysia saja yang teruk..negara arab yang berjubahpun berjudi juga.. masyaallah..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...