Pages - Menu

17.4.12

Kisah Seorang Bapa Menyambut Kepulangan Anak

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Beberapa hari lepas aku bertugas di sekolah semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebalahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa SJK datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...

Pakaian "uncle" ni sedikit lusuh...berkerut muka menahan bahang matahari...tetap setia menanti...beberapa minit kemudian seorang kanak2 perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh..."uncle" tu mula keluarkan sebotol air minuman yang besar...dicurah perlahan2 di tempat duduk...pelik...kenapa pula tu..? Sementara mengangkat beg anaknya ke raga hadapan.

Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motorsikal...diambil dilap perlahan2 pada tempat duduk yang telah dibasahi...baru "kepelikan" aku terjawab ketika itu....demi keselesaan tempat duduk...dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa panas...walaupun membonceng motorsikal...tidak berkereta mewah seperti rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika pulang keletihan...Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada kemampuannya.

Azhan: Terima kasih buat ayahku jua, telah berkorban banyak buat si anak yang nakal ini =)
Walaupun perkara tu nampak biasa2...tidak hairan sekarang dengan "kelahiran" golongan bapa yang kejam terhadap anak2 sudah kelihatan "biasa2" di akhbar. Yang biasa pula sudah kelihatan luar biasa.

13 comments:

  1. SEORANG BAPA YANG PERIHATIN ,MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTA INSAN-INSAN KERDIL !

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..hebat pengorbanan seorang bapa

      Delete
  2. sgt terbaik ayah nye...
    harap dapat di balas jasa seorang ayah bila besar nanti..
    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...jgn si anak lupakan jasa mereka...

      Delete
  3. Salam Yob Azhan,
    Gitu kasih sayang ayah dan ibu pd anak2. Harap2 anak2 akan membela ibu ayah mereka sebaik mereka dijaga mereka dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...putaran roda akan berbalik semula pada kita jika menderhakai...

      Delete
  4. Ya ALLAH uncle tu mengingatkan arwah ayah sha...arwah ayah sha pun slalu buat macam tu dulu...awal2 tu mmg sha pelik but lama2 baru sha faham...rindu sgt kat arwah ayah sha

    ReplyDelete
  5. assalam, begitulah kasih ayah yg tiada berpenghujung....namun kasih anak tak tahu lagi...

    ReplyDelete
  6. ayah punya pengorbanan tiada tandingan jasa bakti seorang ayah pada anak takkan terbalas besarnya bakti ayah

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    sport rim rs watanabe

    ReplyDelete
  7. hmmm...bila baca entry ni...saya tiba-tiba rasa sayu n teringatkan arwah abah... saya tau abah bukan orang senang..memang sama pengalaman saya dengan murid tu.. setiap hari abah akan tgu saya pulang dari sekolah dengan motosikalnya tak kira hujan atau panas... Alfatihah utk arwah abah..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...