Pages - Menu

12.4.12

Amaran Tsunami 2012 | Bersangka Pada Baik Pada Allah

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Alhamdulillah...kita semua panjat rasa syukur...semalam berlaku Gegeran hebat di Acheh...semua ternanti2 apakah berlakunya TSUNAMI seperti 2004 kembali...? Sehingga kini keadaan terkawal, tiada lagi khabaran mana-mana tempat dilanda ombak besar. Aku rasa lega sangat...sedih terkenang Acheh dahulu seperti padak jarang padang terkukur...hilang semuanya...yang jelas kelihatan hanya sebuah masjid yang masih utuh ketika itu.
Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu. Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari  (HR Bukhari)
Allah masih sayangkan kita...manusia masih diberikan peluang...untuk kembali mengingati-NYA...untuk kembali bertaubat kepada-NYA...cepat kita lupa...Allah goncangkan sedikit buminya...semua manusia membuka mata...yang masih gelap di hati itu musibah jiwanya.
Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim)
Justeru, aku mengingatkan diri sendiri...terimalah segala bentuk ujian dan dugaan dengan redha, jangan sesekali keluh kesa kerana semua itu bukanlah sia-sia...tanda Alllah sayangkan kita. Moga pengakhiran nyawa dalam kalimah-NYA =)
Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. 
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. 
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.  
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

7 comments:

  1. Peringatan dr Allah utk umatNya.......semoga kita xterus lalai dan leka dgn tugas duniawi semata2.....

    ReplyDelete
  2. semoga kite terhindar dr bencana dr Allah dan sentiasa bersedia dgn amalan utk bekalan di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH...ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MENGASIHANI

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum izinkan sy share . jazaakillahu khaira

    ReplyDelete
  5. Allah beri peringatan sedikit sahaja tu.

    ReplyDelete
  6. eeemmm apa bila kita di berikan musibah seharusnya kena bersangka baik... mungkin ianya sebagai ujian supaya kita terus mengingati Allah...

    orang beriman akan di beri peringatan dengan sedikit musibah sebagai ujian... orang yang lalai akan di beri ujian dengan kesenangan ...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    pasang roof rack carrier atas kereta

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...